Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 28 Mac 2013

Video Panas !!! Kisah Sebenar Di Sebalik Tragedi Berdarah Memali Di Dedahkan





Ini video part one dari UMB News. Perkara yang tidak semua kita tahu mengenai Memali. Kita asyik mendengar cerita sebelah sana saja, rupanya Memali didalangi dengan ajaran syiah. Malah macam ada yang tak betul dikalangan orang kampung Memali ni. 

Kalau mengikut Islam, kalau nak berperang, wanita dan kanak-kanak sepatutnya duduk dirumah atau tidak terlibat. Tetapi dalam insiden Memali ni, wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai duduk dibahagian hadapan.

Kita semua dapat lihat dengan jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka yang mula bertindak aggresif menganggu polis.

Mungkin orang kampung Memali terpengaruh dengan 'amanat Haji Hadi' yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam. Hingga pada waktu itu difatwakan mati pun syahid. Tetapi macam mana pula status 'syahid' orang kampung Memali kini? Bila Pas menukar perjuangannya kearah negara kebajikan?

Sebenarnya tidak ada erti syahid, jihad atau perjuangan Islam dalam politik Pas. Semuanya hanya temberang nak berkuasa saja. Mangsanya orang kampung dan orang-orang yang tak tahu nak berfikir. Kalau benar Pas perjuangkan Islam tak mungkin dia boleh tukar prinsip negara Islam dan hudud sekalian lama.

Untuk PRU ke 13 ni, Pas dah gugurkan hudud dan negara Islam semata-mata untuk bersama Dap. Dimana lagi Islam Pas kalau apa yang diperjuangkan dulu sanggup dibuang atas arahan Dap? Fikirlahh..

Temubual dengan bapa Ibrahim Libya:

Ternyata, bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Kita tunggu pendedahan part two.. akan merungkai segala insiden Memali.


Kepada yang ingin membaca " Kertas Putih " berkenaan peristiwa Memali.. Anda boleh memuat turun dengan klik DI SINI.


Dalam kita melihat pendedahan sebenar berkenaan peristiwa Memali, marilah kita melihat pengorbanaan Pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan kedaulatan Malaysia.



Kedah Ke KL

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog