Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

Info Lahad Datu : Azzumudie Kiram Dalam Keadaan Tertekan Untuk Membolos Diri



LAHAD DATU 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di daerah ini, Azzumudie Kiram masih berada dalam kawasan kepungan bersama ahli kumpulannya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, Azzumudie tidak mungkin dapat melarikan diri dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.

“Kita berkeyakinan dia (Azzumudie) masih berada dalam lokasi Ops Daulat berdasarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan operasi di Kampung (Kg.) Tanjung Batu, Kg. Sungai Nyamuk dan Kg. Sungai Bilis selain perairan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16 dekat sini hari ini.- Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog