Dalam Laporan Sinar Harian pada 20 Mac 2013 yang lalu, PAS Kedah melalui Musodaq Ahmad, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Azizan Razak telah mencabar UMNO Kedah untuk berdebat tentang isu 12 Masjid yang kononnya telah di bina oleh Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS sepertimana yang tetera dalam buku laporan SAYANGI KEDAH SEJAHTERA.
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Kedah yang di wakili Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaludin bersedia menyahut cabaran Musodaq Ahmad berdebat dalam isu berkenaan bila-bila masa sahaja.
Menurut Noran Zamini, " Musodaq Ahmad boleh memilih apa-apa saja isu dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera untuk berdebat ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan