Sebelum ini Pakatan Haram dengan rasa bangga diri, ego serta bodoh sombong telah melancarkan Manifesto
Kini kebanyakan rakyat tidah mudah lagi percaya akan janji-janji kosong yang di nyatakan dalam Manifesto Pakatan Haram PRU 13 setelah di tipu hidup-hidup oleh Pakatan Haram dalam janji Manifesto PRU 12 di setiap negeri pentadbiran Pakatan Haram.
Kalau nak di bezakan janji Pakatan Haram dengan janji Barisan Nasional, Janji Barisan Nasional lebih di percayai rakyat kerana Barisan Nasional sering menepati apa yang di janjikan.
Apa yang lebih menariknya Barisan Nasional berbanding Pakatan Haram adalah perlaksanaan satu tanggungjawab yang di amanahkan rakyat selaku pentadbir Kerajaan.
Tanpa perlu Kerajaan pentadbiran Barisan Nasional berjanji kepada rakyat, Kerajaan pentadbiran Barisan Nasional telah melaksanakan apa yang di harapkan rakyat melalui program Transformasi Nasional.
Ketika ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.
Tidak kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya akan datang.
Namun apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil.
Usaha kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.
Yang lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.
Malah semua sikap sinikal dan prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.
Tambah menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.
Antara yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak 4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Menurut Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu, rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa depan negara tersebut dapat dilaksanakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog YAB Datuk Seri @Najib Razak yang disiarkan dalam blog 1Malaysia, ( Klik Di Sini )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan