Kuala Lumpur: Parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran RTM selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekali gus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA
Pisau Kedah :-
Layak ka Manifesto Pakatan Haram untuk menipu rakyat di bentangkan dalam RTM ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan