Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

Hot !!! Bakal Calon PAS Kantoi Bagi Duit Untuk Tarik Sokongan



Pehh ... Akhirnya kantoi juga PAS yang sebelum ini mengakui mereka berjaya menarik golongan muda untuk berjuang bersama mereka tanpa adanya habuan dan imbuhan.

Sebelum ini PAS sering menuduh kononnya UMNO ni menggunakan duit untuk menarik perhatian golongan muda untuk menyertai program yang di adakan UMNO dan bukannya kerana mendapat sokongan yang sebenar seperti mana golongan muda yang menyertai program PAS.

Apa yang akan anda semua akan lihat merupakan satu video yang menjadi bukti apabila seorang bakal calon DUN Gaal ( PAS Kawasan Pasir Puteh ) telah memberi habuan RM 50 seorang kepada kesemua peserta konvoi Anak Muda KELATE.


Apa yang dapat di lihat lebih kurang 100 pemuda yang telah menyertai konvoi Anak Muda Kelate kawasan Pasir Puteh. Ini bermakna bakal calon DUN Gaal terpaksa membelanjakan RM5000 untuk menarik perhatian golongan muda kawasannya menjayakan konvoi berkenaan. 

Kalau sebelum ini penyokong-penyokong PAS Kelantan memperlekehkan konvoi Tukar Kelantan yang di dakwa mereka telah di bayar RM 15 kepada setiap peserta konvoi . Tapi kali ini mereka hanya terduduk diam tanpa berani kata apa-apa setelah terbukti parti yang mereka sanjungi terpaksa menggunakan duit untuk menarik perhatian golongan muda menyertai program yang mereka adakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cerita ini sila klik sini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog