Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

Info Lahad Datu : Kiram III Mahu Rejim Lanun Sulu Melakukan Serangan Gerila Terhadap Rakyat Malaysia.


Kiram III dah keterlaluan apabila memberi kenyataan menyasarkan rakyat Malaysia sebagai sasaran serangan setelah kegagalan Rejim Lanun Sulu berhadapan dengan Pasukan Keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Pihak Keselamatan Malaysia harus berwaspada dengan ancaman Kiram III yang kini di lihat dalam keadaan terdesak mahu menuntut kedaulatan Sabah dari Malaysia.
MANILA 18 Mac - Pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III tidak akan berundur dan mereka diarah melancar perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Portal berita Filipina melaporkan Kiram berkata, pengunduran anggota kumpulan itu yang diketuai adiknya, Azzumudie dari Sabah bukan satu pilihan.

''Mereka sudah berada di tempat kelahiran mereka, kenapa nak pulang,'' katanya di rumahnya di Taguig City, semalam.

Sementara itu, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pencerobohan di Sabah akan diteruskan.

''Arahan gencatan senjata dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik dan pengikut Kiram diarah melancarkan operasi serang dan lari terhadap rakyat Malaysia,'' katanya.

Kiram berkata, pengikutnya berjaya melarikan diri daripada serbuan polis serta tentera Malaysia dan kini bersembunyi dalam kawasan hutan di Sabah.

''Saya yakin kami akan mencapai objektif kami,'' katanya. - AGENSI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog