Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati
Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa
dapat dikesan. Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika
dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.
Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),
Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua
Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.
Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama
disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di dalam entri laman sosial
Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.
‘We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails’
katanya yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.
Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut
akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah
bekas gabenor Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting
tersebut seperti membuka pekung di dada?
Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia
berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa
dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang
mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.
Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda
dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden
pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya
membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.
Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana
jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh
rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan
amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.
Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan
hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu
ketika dahulu.
“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya
boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.
Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab beberapa persoalan yang
menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda
negara ini.
1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada
angin masakan pokok bergoyang.
2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?
3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak
tertentu di selatan Filipina.
4.Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin
pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.
5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia
memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan