Video yang akan anda saksikan di bawah ini merupakan video yang memaparkan keadaan tiga mayat Rejim Lanun Sulu yang berjaya di tembak mati oleh Pasukan Keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah 03 March yang lalu.
Apa yang dapat anda saksikan di antara 3 mayat Rejim Lanun Sulu terdapat 1 mayat dalam keadaan mengerikan apabila kelihatan seolah-olah di bakar sepertimana yang berlaku pada mayat Jeneral Musa yang mati dalam dalam pentempuran dengan pasukan Keselamatan Malaysia di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu beberapa hari yang lalu.
Menurut orang dulu-dulu, sekiranya seseorang itu mati dan keadaan rupa bertukar seolah-olah di bakar, ianya menunjukkan orang itu mengamal ilmu hitam sebelum dia mati.
Tapi apa-apa pun hanya Allah S.W.T maha mengetahuinya.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan