Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

Info Lahad Datu : Video Sidang Media Terkini Op DAULAT #Pray4Sabah





SUBANG - Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang tergugur ditembak kumpulan pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi tadi.

Turut tiba ialah jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja, yang terbunuh dalam kemalangan di Cenderawasih dekat Lahad Datu semalam ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Kedua-dua anggota itu yang merupakan prebet ketika tergugur dinaikkan pangkat sebagai koperal.

Pesawat yang membawa kedua-dua jenazah tiba kira-kira jam 7.45 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut ketibaan jenazah.

Allyahyarham Koperal Ahmad Hurairah yang berusia 24 tahun, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau, gugur pagi semalam.

Kedua-dua jenazah kemudiannya diterbangkan ke Kelantan dan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari, manakala 56 pengganas ditembak mati.- SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog