Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

Hot Info !!! Benarkah Dua Perlakon Terkenal Ni Sokong Pakatan Haram ???



Menjelang pilihan raya umum, nampaknya semakin ramai nama artis tanah air yang dikaitkan dengan parti-parti politik. Tidak kiralah sama ada artis-artis tersebut dengan secara rasmi memberitahu 'status' serta sokongan mereka terhadap parti yang dipilih mahupun kemunculan mereka secara kebetulan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaharu, dua pelakon berkaliber, Faizal Hussien dan Sofi Jikan dikhabarkan kononnya telah menunjukkan sokongan mereka terhadap Parti Pakatan Rakyat.

Dakwaan tersebut timbul apabila gambar kelibat dua selebriti popular ini terpampang di dalam sebuah blog yang menyebut Faizal dan Sofi berada di majlis sambutan lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang berlangsung pada Sabtu lalu. Malah kehadiran mereka berdua telah menjadi perbualan ramai khususnya para penyokong Anwar Ibrahim.

Bukan Kami Berdua Saja - Sofi Jikan

Bertanyakan sejauh mana dakwaan tersebut, Sofi berkata, beliau mengakui memang berada di Pulau Pinang minggu lalu. Namun kehadirannya di majlis tersebut atas tiket menjayakan Jelajah Festival Filem ke-25 (FFM25) sekaligus meraikan para pemenang yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). 

Menurut pelakon filem Rock Oo ini, beliau diundang oleh pihak FINAS dan FDAM. Penyertaannya bukan saja mahu meraikan kemenangan rakan-rakan artis lain tetapi juga sambil-sambil mempromosikan filem Rock Oo yang kini sedang rancak di tayangkan di pawagam-pawagam.

"Saya pergi atas tiket rombongan jelajah FFM25, jadi saya ambil kesempatan untuk mempromosikan sekali filem Rock Oo. Kalau ikutkan memang saya tak ikut, sebab saya bukan pemenang. Tapi mereka ajak saya sebab lagipun saya berlakon dalam Bunohan dan filem itu menang, jadi saya ikut lah. Kami tak tahu menahu mengenai majlis parti berkenaan. Sealain saya dan Faizal ada ramai lagi artis lain seperti Normah Damanhuri, Aznah Hamid dan Hayati Tasrip.

"Di sana saya bersama band saya, Malaikat Maut, membuat persembahan di hadapan penonton. Saya menyanyikan lagu Batu Dalam Sepatu yang juga dimuatkan dalam filem Rock Oo. Kami hanya buat persembahan. Kami tak tahu menahu tentang acara lain. Kami pun tak ada buat ucapan, kempen atau sebarang tindakan mahupun kenyataan diluar jangkaan. Sebab jelajah ini pun lebih kepada amal dan menghiburkan para peminat. 

"Habis saja persembahan kami terus balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kami juga ada singgah di Mydin dan uptown untuk bertemu peminat. Difahamkan kami sebenarnya berkongsi pentas dengan pihak parti berkenaan. Sebaik saja habis persembahan kami, mereka terus tukar backdrop kepada backdrop sambutan majlis parti tersebut", jelas Sofi Jikan kepadaMalaysianDigest.com dengan panjang lebar.

Sofi yang dihubungi diminta mengulas mengenai dakwaan beliau kononnya menyokong PKR kerana kelibatnya terlihat di majlis sambutan khas parti itu.

Tambah aktor yang sinonim dengan watak-watak antagonis ini, secara jujur beliau tidak berpihak terhadap mana-mana parti malah sentiasa terbuka seandai menerima undangan bagi menjayakan sesuatu persembahan daripada mana-mana pihak.

"Siapa yang saya undi, itu rahsia saya. Tapi saya cuba seboleh-bolehya jadi neutral. Sebab tu saya berani juga buat persembahan di lokasi yang sama dengan sambutan majlis parti tersebut.

"Sebelum ni pun saya pernah jayakan malam amal PAS, tahun lalu. Sewaktu tu saya diminta baca puisi, Menuggu Kata Dari Tuhan. Saya juga pernah jayakan majlis amal UMNO sewaktu bulan Ramadhan lalu. Saya anggap itu semua sebagai satu amal dan saya ikhlas. Tapi jangan pula kami dijadikan mangsa. Kami tak dapat keuntungan apa-apa pun. Terpulanglah pada penilaian orang", katanya yang bakal melancarkan klip video single Batu Dalam Kasut, tidak lama lagi.

Faizal Sudah Jangka

Sementara itu, Faizal yang turut dihubungi berkata beliau sudah dapat menjangka yang isu sebegini akan timbul. Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 ini juga memberitahu dia hanya mengetahui mengenai majlis yang akan dianjurkan parti itu, sewaktu tiba di lokasi tersebut.

"Saya pergi atas tikeT jelajah FFM25. Sepatutnya Finas nak buat jelajah ni pada 2hb Mac tapi tarikh itu tarikh berlangsungnya anugerah. Jadi mereka tunda kepada 8hb lalu. Pulau Pinang pun memang selalu jadi destinasi percutian saya dan keluarga. Jadi apabila diundang untuk turut serta, saya tak sia-siakan peluang ni. Di samoing saya nak berkongsi kemenangan saya dengan peminat-peminat di sana.

"Kebetulan pula lokasi di Padang Kota Lama itu PKR turut adakan persiapan untuk majlis mereka. Saya difahamkan pihak FDAM dan Finas berbincang dan pihak PKR membenarkan kami untuk berkongsi pentas. Tapi dari dalam bas lagi, kami dah diingatkan agar tidak berfikir kedatangan kami ada kena mengena dengan politik. Kebetulan hari yang kami tiba tu, hari PKR.

"Sepanjang di situ kami melayan para peminat dan masa tu pun backdropnya adalah backdrop jelajah FFM25 bukan backdrop majlis sambutan parti itu. Habis saja acara kami, barulah pihak parti itu membuat persiapan untuk majlis mereka pula", katanya.

Faizal juga berkata, beliau seboleh-bolehnya akan mengelak daripada menghadiri majlis-majlis yang berbaur politik.

"Kalau pun ada undangan majlis-majlis yang berbaur politik, saya akan elak. Lagipun saya sentiasa sibuk di set penggambaran. Tak ada masa nak hadir ke majlis-majlis sebegitu,", ujarnya sekaligus menyangkal dakwaan yang beliau adalah penyokong PKR seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Sumber :- Kedah Ke KL

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benda yg tak ada kaitan dgn diapun nak dikait2kan, nak sgt jd terkenal dgn mengendeng nama artis terkenal, tak reti malu betul .......sebijik mcm bos jubor dio tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog