Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 13 Februari 2014

@AnwarIbrahim Sengaja Menggunakan Sentimen Agama Dan Kaum Sebagai Modal Di #PRKKajang


SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja menggunakan sentimen agama dan kaum sebagai modal meraih kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac depan.

Melalui cara itu, jelasnya rakyat akan mudah 'terjentik' sekaligus merasakan pemimpin yang sesuai mempertahankan hak penganut semua kaum.



"Ini sebagai satu bahan kempen sahaja, pada saya yang bersifat perkauman. Di Malaysia, ciri-ciri untuk seseorang pemimpin nak menang atau mudah nak dapat sokongan ialah dengan membawa isu agama dan kaum atau kaum. Rakyat pun sokonglah.

"Anwar tahulah politik Malaysia begitu. Beliau nampak rakyat sudah aman sedikit, beliau bawa isu bahasa atau agama, jadi rakyat mula angkat muka," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Anwar, melalui forum 'Legasi Tunku Abdul Rahman' di Kolej New Era' Kajang, mendakwa PRK Kajang adalah penting bagi parti itu mempertahankan hak penganut semua kaum sejajar dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ia kononnya baik untuk masa depan generasi rakyat Selangor, sekaligus menepis keputusannya untuk bertanding semata-mata memenuhi agenda politik peribadinya.

Malah Ketua Pembangkang itu turut menggesa semua pihak kembali kepada semangat Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankannya sepertimana yang diutarakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Atory yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu bagaimanapun mempersoalkan tindakan Anwar itu sedangkan tegasnya hak beragama bagi pelbagai kaum di negara ini sudah lama dicapai.

"Saya tak faham hak beragama semua kaum yang dibawa oleh Anwar. Saya rasa hak beragama semua kaum sudah lama dicapai. Apa masalah beliau?

"Anwar sahaja yang mengatakan hak beragama semua kaum tiada di Malaysia. Kena bagitahu apa contohnya. Beliau hanya buat satu slogan mengatakan tiada hak beragama yang sama. Saya rasa kenyataan itu tak kena," ujarnya.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Jayum Anak Jawan bagaimanapun mempunyai pandangan yang berbeza.

Ujarnya, perkara yang sama perlu diambil oleh kepimpinan Barisal Nasional (BN) yang dilihat gagal mempertahankan hak semua kaum dan agama di negara ini.

"Apa yang Anwar taburkan janji itu, sesuatu yang sepatutnya menjadi landasan perjuangan pemimpin negara. Mereka patut ikut jejak Tunku Abdul Rahman yang merupakan seorang pemimpin luar biasa yang boleh mempertahankan hak orang Melayu dan kaum-kaum lain

"Janji itu sesuatu yang menarik kerana parti pemerintah sekarang semacam tidak berjaya meyakinkan penduduk berbilang kaum di Malaysia bahawa mereka boleh mempertahankan semua agama, kaum dan cara hidup," katanya.

Jayum juga tidak menolak janji Anwar itu pasti akan disokong rakyat terutamanya pengundi di DUN Kajang.

Menerusi forum itu juga, Anwar berkata cadangan konsensus nasional yang dilontarkannya sebelum ini sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara.

Keputusan antara parti kompenan Pakatan Rakyat PAS, DAP dan PKR itu dicapai selepas satu perbincangan diadakan dengan pemimpin PAS Pusat mengenai perkara tersebut.- Antara Pos

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog