Baru ini Ayahnda Tun Mahathir ada membuat saranan kepada PAS agar menuntut kembali kerusi Menteri Besar Selangor yang sememangnya PAS ada hak untuk menuntutnya. (Klik Sini) PAS tak perlu diperbodohkan rakannya yang lain didalam Pakatan Haram.
Akibat saranan tersebut ramai pemimpin dari PKR Selangor yang mencemuh Ayahnda Tun Mahathir seolah-olah bimbang suara Ayahnda Tun Mahathir membuatkan rakyat di Selangor terutamanya pengundi Melayu Kajang mula sedar bahawa PKR sedang memperbodohkan PAS, parti ke 2 terbesar orang Melayu.
Menurut kenyataan PKR Selangor yang gelabah dengan saranan oleh Ayahnda Tun Mahathir, "Pemilihan pemimpin memegang kerusi Menteri Besar Selangor adalah berdasarkan KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS antara ketiga-tiga parti PR" .
Tersenyum Pisau Kedah dengan maklum balas yang diberikan dari PKR Selangor berkenaan saranan Ayahnda Tun Mahathir.. Oooo kalau bab keuntungan kepada PKR pastinya PKR akan mengatakan ianya KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS antara ketiga-tiga parti. Tapi apabila PKR membuat sesuatu perkara sebagai contohnya meletakkan calon bertindih dengan rakan PR pada PRU 13 lalu dan mengosongkan kerusi DUN Kajang tidaklah pulak PKR mengguna pakai KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS sebelum melakukan percaturan dalam PR.
Bagi Pisau Kedah.. Memang patutlah PAS Selangor mengikut saranan Ayahnda Tun Mahathir kerana apa yang Pisau Kedah dapat lihat tindakkan PKR meletak Anwar Ibrahim di DUN Kajang amatlah bahaya untuk PAS sendiri kerana kemasukkan Anwar ke Selangor melalui DUN Kajang adalah memperkukuhkan PKR di Selangor dan mengurangkan pengaruh PAS di Selangor agar pada PRU14 ini PKR tetap terjamin mengetuai pentadbiran Selangor.
Ingatlah PKR tidak akan sesekali melepaskan tampok pentadbiran di Negeri yang paling kaya di Malaysia. Jika Selangor di ketuai oleh PAS maka agar sukar untuk PKR salurkan dana kepada parti mereka melalui kekayaan Negeri Selangor.
Anwar menyatakan kemasukkannya ke Selangor adalah untuk memperkukuhkan PR di Selangor hanyalah tipu daya sahaja di sebalik motifnya mahu mengurangkan pengaruh PAS dan memperkukuhkan PKR di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan