Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 8 Februari 2014

Timbalan Menteri Di JPM Memang Patut Letak Jawatan @NajibRazak @Ahmad_Zahid


KUALA LUMPUR 8 Feb. – P. Waytha Moorthy mengesahkan beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 10 Februari ini.

Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berkata, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun beliau belum menerima sebarang maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan itu kerana menganggap jawatan di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini.

“Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Hindraf,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memang sewajarnya Waytha Moorthy meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di JPM kerana dia sering menyampuri urusan Kerajaan sekirannya berlaku sesuatu perkara yang melibatkan kaum India melanggar undang-undang Malaysia.

Sebagai contohnya.. Sebelum ini Waytha Moorthy cuba masuk campur dalam urusan Polis apabila mempersoalkan tindakkan Polis menembak mati 5 penjenayah kaum India di Pulau Pinang pada Ogos 2013.

Tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri mempersoalkan tindakkan yang diambil pihak polis menembak mati ke lima-lima penjenayah India yang ketika itu mempunyai senjata yang boleh mengancam nyawa pihak lain . Walau pun apa-apa bangsa sekali pun sekiranya sudah jelas boleh mengancam nyawa pihak lain, pihak Polis ada hak menembak mati penjenayah terbabit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog