Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 14 Februari 2014

Cilaka !!! Malaysiakini Jadikan Teks Khutbah Hari Ini Bahan Cemuhan Penyokong Pakatan Haram @NajibRazak @PDRMSia

Hebat betul Malaysiakini..Sampai ke teks Khutubah Jumaat untuk hari ini pun disiarkan mereka..Untuk tujuan apa teks khutubah ini disiarkan?? Untuk membolehkan rakyat yang bukan beragama Islam mempertikaikan teks khutubah ini..


Kalau sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mempertikai isi kandungan khutubah Jumaat yang telah disampaikan di masjid kononnya Islam sebuah agama yang rasis dan beranggapan buruk terhadap Kristian dan tindakan mereka ini telah dikritik hebat oleh umat Islam di Malaysia..

Kini..untuk mengelakkan pemimpin DAP terus dikecam kerana mencampuri urusan orang Islam, portal tali barut DAP iaitu Malaysiakini pula memainkan peranan dengan mengeluarkan isi kandungan teks ucapan khutubah Jumaat sebelum ianya dibaca pada solat Jumaat tengah hari ini.. Tujuannya supaya rakyat boleh mengkritik dan mempolitikkan isi kandungan teks khutubah Jumaat itu..

Kalau tak percaya..cuba baca di ruangan komen.. Klik Sini Bukan setakat orang bukan Islam..orang Islam pun turut serta mempertikai isi kandung teks khutubah Jumaat yang telah disediakan dan mempolitikkan isi kandungan tersebut..

EP harap pihak yang bertanggungjawab dapat melihat perkara ini dengan serius sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk dan tidak diingini berlaku..

Jangan sampai nanti ada yang pergi solat Jumaat dengan hati yang kotor pula, bukan untuk mendengar dan jadikan isi kandungan teks khutubah sebagai pengajaran dan panduan tetapi dijadikan perbandingan dan bahan gossip...wallahualam..

Fikir-fikirkan..

**DAP dan Malaysiakini memang cekap..


Baca apa yang Malaysiakini tulis kat bawah ni,

Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.


“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpamaValentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.

Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.

“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.

“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”

Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Sambung baca:- Empaya Pemuda

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog