Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 11 Februari 2014

khalid Ibrahim Tidak Menafikan @AnwarIbrahim Bakal MB Selangor #PRKKajang


KLANG 9 Feb. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim hari ini membayangkan kesediaan untuk
melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Kenyataan Abdul Khalid itu ternyata berbeza sebelum
ini apabila beliau menafikan desas-desus Anwar akan
menggantikan tempatnya.

Abdul Khalid berkata, sememangnya perkara tersebut
ada dan sedang dibincangkan.

"Tidak mengapa. Kita (PKR) masih terus berbincang
sebab perkara itu juga memerlukan perbincangan
dalam pakatan pembangkang.

"(Cukuplah) saya fikir tidak perlu kita mengehadkan
sebarang perbincangan berhubung perkara tersebut,"
katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan
Tahun Baharu Cina peringkat negeri, di sini hari ini.

Dalam temuramah dengan saluran televisyen Australia, Newsline pada Khamis lalu seperti dilaporkan akhbar, Anwar berkata, Abdul Khalid akan mengambil alih tempatnya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor jika beliau menjadi Menteri Besar.
Anwar menjelaskan, perkara itu sedang dibincangkan
dengan Abdul Khalid.

Abdul Khalid sebelum ini menolak desas-desus Anwar
akan menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar.
Malah, Abdul Khalid berkata, perkara itu tidak pernah
dibincangkan dalam kalangan pimpinan kerajaan
negeri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog