Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 7 Februari 2014

"Kedah Berselawat" @MukhrizMahathir Jadi Mangsa Fitnah Ustaz PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Beristghfar apabila Pisau Kedah membaca kenyataan media dari setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkenaan program "Kedah Berselawat" yang dianjurakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam kenyataan media Ustaz Ahmad Yahya. Beliau mendakwa Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir HANYA MEMPOLITIKKAN TUJUAN ASAL "KEDAH BERSELAWAT".

Kepada pembaca blog Pisau Kedah boleh membaca dan menilai sendiri kenyataan media dari Ustaz Ahmad Yahya yang Pisau Kedah lihat langsung tidak mempunyai asas yang diberikan bagi menuduh program tersebut di politikkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir. (Pisau Kedah akan ulas satu persatu tuduhan tersebut)

MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau.

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut.

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.

1 ) Sebagai seorang yang berstatus Ustaz (Mempunyai Ilmu Agama) tidak sepatutnya membuat satu dakwaan yang tidak berasas dan kukuh berkaitan sesuatu perkara melibat satu kebaikkan didalam Islam sepertimana tentang program yang hendak di lakukan Kerajaan Negeri Kedah. Apa yang dapat Pisau Kedah lihat dakwaan Ustaz Ahmad Yahya didalam sidang medianya hanya berbentuk mengwujudkan ROMOUR (Desas Desus).

2 ) Tentang dakwaan menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman (Pulau Tuba) ternyata Ustaz Ahmad Yahya hanya membuat satu persepsi negatif bahawa Maahad Tahfiz Sains Darulaman berkenaan akan dihentikan terus pembinaannya sedangkan hakikatnya pembinaan Maahad Tahfiz tersebut hanya DITANGGUH.

Tentang penangguhan tersebut telah diperjelaskan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan Bajet Kedah 2014 dalam Sidang DUN pada 18 November 2013 yang lalu.

Tidak logik sekiranya Ustaz Ahmad Yahya hendak mengatakan bahawa dia tidak tahu sebab Ustaz Ahmad Yahya yang merupakan Adun Alor Mengkudu turut berada dalam sidang dun semasa pembentangan Bajet Kedah 2014 dan turut dibekalkan buku berkenaan Bajet Kedah 2014.

Melalui pembentangan Bajet Kedah 2014 juga, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan disebalik pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba di tangguhkan, Kerajaan Negeri telah mengeluar peruntukan memperbesarkan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Kulim dan sentiasa memberi perhatian didalam usaha menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz dan Sekolah-Sekolah Pondok di seluruh negeri Kedah.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah negeri Kedah apabila Kerajaan Negeri Kedah bawah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berani mengasing pendapatan negeri dari sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam sepertimana pembelanjaan menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz serta Sekolah-Sekolah Pondok. Pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum-sebelum ini tidak berani berbuat demikian walau pun ada pihak telah mencadangkan.

3 ) YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap pembinaan KUIN di Kuala Ketil sebagai satu beban.

Ya.. Satu beban apabila dalam keadaan ketidak kemampuan dari segi kewangan melakukan sesuatu perkara dengan berhutang sedangkan pada hakikatnya KUIN mempunyai prasarana yang masih elok dan perlu mengambil pendekatan memperbesarkan KUIN yang telah terbina sejak sekian lama.

4 ) Menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan hanyalah satu fitnah yang cukup jelas dari Ustaz Ahmad Yahya.

Kesemua Maktab Mahmud sehingga ke hari ini masih lagi dibawah Kerajaan Negeri Kedah. Cuma 10 dari 12 Maktab Mahmud telah DIDAFTARKAN dibawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi mendapat bantuan pembiayaan dari Kerajaan Pusat. 2 daripada 12 Maktab Mahmud iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan Yan masih dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Ustaz Ahmad Yahya tidak patut mempertikai pendaftaran 10 Maktab Mahmud dibawah SABK kerana telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

5 ) Mukhriz tidak selesa bergandingan penampilan beliau bersama Isteri dikhalayak ramai.

Ternyata dakwaan tersebut berniat jahat dengan mahu mengaibkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedangkan sebagai seorang Suami tidak mungkin akan merasa tidak selesa apabila bersama Isterinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pedulikan dia lah...muka macam juboq lembu nak ambik kesah apa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog