Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar berkata sebelum ini, pasukan Kedah mencatat kemenangan dalam empat perlawanan.
"Dari segi pengurusan, kita begitu bersedia, begitu juga pasukan Kedah yang hari ini benar-benar bersedia untuk bermain dalam kancah liga di Malaysia. Pada awal permainan, sama ada Liga Perdana atau Piala FA, kita telah mencatatkan kemenangan yang begitu gemilang.
"Tidak kira siapa yang menjadi lawan kita, sama ada JDT atau mana-mana pasukan yang popular dalam negara kita, dengan kebersediaan, latihan, komitmen dan kerjasama sepenuhnya serta mengadaptasi apa yang jurulatih ajar di padang, ia akan membuahkan hasil," katanya kepada Bernama selepas menghadiri penutupan Aerobathon Amal di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan di sini Sabtu.
Beliau berkata setakat ini pasukan Kedah berjaya mempamer aksi cukup menarik dan peminat bola sepak negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada skuad hijau kuning.
"Kita sedia maklum dengan arus ketika ini, pasukan bola sepak Johor, khususnya JDT, popular dan mempunyai peminat yang cukup fanatik namun ia bukan membatasi gerak kerja dan semangat kita untuk terus berjuang hingga wisel penamat," katanya.
Aminuddin juga berharap perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Larkin dan Stadium Darul Aman (pada 18 Feb) tidak dicemari sebarang insiden tidak diingini.
"Kita harap pasukan Kedah akan beroleh kejayaan untuk membawa 'modal besar' ketika bermain di tempat sendiri kelak. Kita juga sedia maklum apa yang berlaku semalam, bila JDT bertembung pasukan Pahang, ada pergaduhan antara peminat.
"Moga-moga tiada insiden seperti itu dan kita harap kerjasama daripada semua pihak, kerana tanpa kerjasama polis dan peminat yang fanatik, mana mungkin kita dapat mengadakan perlawanan yang paling harmoni dan mencerminkan sukan ini sebagai program yang sihat, bukan untuk bergaduh," katanya.
Terdahulu, Aerobathon Amal yang berlangsung tiga jam tanpa henti, berjaya mengumpul dana berjumlah RM10,000 untuk disumbang kepada Persatuan Sindrom Down negeri Kedah.- BERNAMA
1 ulasan:
'Please Note'
- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.
- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.
- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...
- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.
- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?
- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...
Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..
Catat Ulasan