Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 13 Februari 2014

Panas !!! "Penyelewengan Projek Pembalakan PNG" Pemuda UMNO Kedah Serah Memorandum Kepada SPRM #KedahAmanMakmur #Hanya DiKedah


Satu Memorandum telah dihantar Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai oleh Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin kepada SPRM di Pejabat SPRM Kedah, Alor Setar siang tadi.

Memorandum diserahkan bagi menuntut SPRM menyiasat segera penyelewengan di atas kerugian pelaburan pembalakan yang dilakukan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini (PAS) di Papua New Guinea.

Menurut Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.. Penyelewengan Projek Pembalakan Papua New Guinea telah dilaporkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kedah pada tahun 2010 kepada SPRM.. Namun sehingga kini laporan tersebut masih tiada keputusan siasatan.

Apakah SPRM ada membuka fail siasatan setelah laporan dibuat atas penyelewengan di sebalik projek pembalakan Papua New Guniea ?..

Dalam laporan Ketua Audit Negara 2011 telah menyatakan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah mengalami kerugian berjumlah RM13.48 juta setelah pegawai agensi terbabit telah menamatkan pelaburan pada Mac 2010 dalam projek pembalakan di Papua New Guinea.


Dalam memorandun yang diserahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, mereka berpendapat Kerajaan PAS Kedah sebelum ini sepatutnya merujuk kepada kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum membuat pelaburan pembalakan di Papua New Guniea yang kemudian mengalani kerugian. Daripada laporan Audit, tiada satu pun kajian KEBOLEHLAKSANAAN atau DUE DILIGENCE yang dilakukan dan AHLI LEMBAGA PENGARAH JUGA TIDAK DIBERI PELUANG UNTUK MENILAI SAMA ADA PELABURAN ITU PATUT DITERUSKAN ATAU TIDAK.

Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Kedah amat yakin bahawa wujudnya penyelewengan dalam transaksi projek pembalakan Papua New Guniea

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog