Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 9 Februari 2014

Terkini !!! Ketua PKR Cabang Baling Letak Jawatan Dan Keluar Parti #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Baling 09/02/14 : Ketua PKR Cabang Baling, Lim Chong Ann hari ini telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ketua PKR Cabang Baling serta ahli PKR ekoran kecewa dengan wujudnya kroni dalam parti PKR.

Pengumuman tersebut dilakukan Lim Chong Ann dikediaman rasminya di Kuala Ketil siang tadi sebelum mengadakan sidang akhbar berkenaan perletakkan jawatannya.

Selain dari merasa kecewa dengan kewujudan kroni dalam PKR, beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Baling selama 2 penggal merasa dirinya langsung tidak dihargai oleh pucuk kepimpinan tertinggi PKR walaupun banyak menggunakan wangnya sendiri untuk PKR Baling semasa PRU13.

Menurut Lim Chong Ann semasa PR mentadbir Kedah penganugerahan pingat Kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pimpinan tertinggi dan kroni-kroni yang tidak berjasa kepada parti.

Difahamkan Lim Chong Ann telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling yang berkuatkuasa pada 03/02/2014. Surat perletakkan jawatan tersebut telah di serahkan kepada pucuk pimpinan parti PKR Kedah pada 05/02/2014.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog