Menurut MB Terangganu sebenarnya gambar tersebut telah diedit dengan tujuan mengaibkan beliau.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan Neelofa, seorang artis jelita dalam internet.
Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.
"Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).
"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya berseloroh.
Ahmad mengulas paparan 'gambar' beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun FB yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam internet sehingga menjadi bualan ramai.
Dah tak ada kerja kot yang nak di buat oleh puak-puak Pakatan Haram ??..Sampaikan MB Terangganu pun dijadikan mangsa gambar yang telah diedit.
Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Karnival Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini -
Sebenarnya gambar tersebut merupakan gambar Neelofa berpelukkan dengan Pelakon, Penulis Skrip, Pengarah dan Penerbit terkenal dunia, George Timothy Clooney ketika bercuti di Kota London bulan 9 tahun lepas.
Untuk pengetahuan semua George Timothy Clooney yang dipeluk Neelofa pun bukannya George Timothy Clooney yang sebenar.. Sebaliknya patung lilin yang dibentuk menyerupai George Tinothy Clooney..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan