Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 27 Februari 2014

"Krisis Air Selangor" Akhirnya @Khalid_Ibrahim Membuang Sifat Kebebalannya


Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, di sini Rabu.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam MoU tersebut Kerajaan Pusat bersedia menyuntik dana tambahan membantu Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air sekaligus menjadi badan tunggal menguruskan perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Empat syarikat konsesi tersebut yang ditawarkan adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor berharap agar syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam MoU itu juga, kerajaan Persekutuan bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri air melalui Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA) dan mana-mana undang-udang yang terpakai.

Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor pula akan mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) (Pakej 2A) berkuat kuasa pada hari ini (Kelmarin) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh Memorandum ini ditandatangani.

Bukankah senang kalau sejak dari dulu lagi (2008) Khalid Ibrahim berfikiran terbuka didalam menyelesaikan permasalahan air yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dari dulu sehingga sekarang.

Sebelum ini tak perlulah Khalid Ibrahim nak menunding jari menyalahkan Kerajaan Pusat didalam permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor, sedangkan hakikatnya permasalahan air di Selangor tidak mampu diatasi Kerajaan Negeri Selangor adalah berpunca dari sikap EGO Khalid Ibrahim sendiri yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya membuat penstrukturan semula industri air Selangor.

Apabila Khalid Ibrahim gagal mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air Selangor untuk membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid Ibrahim telah membuat satu tindakan yang kurang bijak apabila enggan memberi kelulusan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor yang bertujuan menyelesaikan permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor.


Tindakan Kurang bijak Khalid Ibrahim enggan meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 itu dilihat hanyalah bermotifkan dendam semata-mata sahaja kononnya Kerajaan Pusat tidak mahu membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk mendesak EMPAT syarikat Konsesi air Selangor menerima tawaran pengambil alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah.

Untuk pengetahuan semua.. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mendesak ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut untuk menerima tawaran pengambil alihan dari Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah kerana ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut merupakan Syarikat SDN BHD.

Sejak dari mula lagi apabila Khalid Ibrahim mahu membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Kerajaan Pusat telah bersetuju dengan tindakan yang mahu dibuat Khalid Ibrahim. Kerajaan Pusat tidak akan menghalang tindakan tersebut sekiranya Kerajaan Negeri Selangor berkemampuan mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air yang menguruskan tentang air di Selangor.

Sepatutnya Loji Rawatan Air Langat 2 sudah pun siap di bina Kerajaan Pusat sekiranya Khalid Ibrahim tidak mempolitikannya. Masalah air yang dihadapi rakyat Selangor sudah pun dapat di atasi sekarang ini sekiranya Khalid Ibrahim membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tersebut.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog