Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 5 Februari 2014

"Balak Di Kedah" @MukhrizMahathir Terpaksa Tanggung Kerakusan PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Ramai yang tidak mengetahui bahawa pembalakan yang dilakukan sekarang merupakan kelulusan tender di masa zaman pentadbiran Kerajaan sebelum ini (PAS) dan ianya turut diakui oleh Pengarah Jabatan Hutan Kedah, Ku Azmi Ku Aman ketika mengadakan sidang media kelmarin di Wisma Darulaman.

Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

Semasa Pisau Kedah bersama rakan TMK yang lain bersembang dengan Pengarah Jabatan Hutan Kedah.Ku Azmi Ku Aman, beliau menceritakan bahawa banyak lagi kawasan akan dilakukan pembalakan setelah lesen diluluskan zaman pentadbiran PAS dengan secara rakusnya.

Selain itu Pengarah Jabatan Hutan Kedah turut menceritakan yang pembalakan secara cuci mangkuk (Tebang Habis) di Gunung Inas berkeluasan 5000 Hektar akan diteruskan kembali setelah diarahkan berhenti kerana tidak mempunyai EIA sebelum ini.

Pada zaman pentadbiran PAS sebanyak 2000 Hektar kawasan pembalakan telah digondolkan di Gunung Inas daripada 5000 Hektar yang telah di lesenkan . Baki selebihnya 3000 Hektar di arahkan berhenti oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut Pengarah Jabatan Hutan Kedah terbabit. Kini pemohonan EIA kerajaan sebelum ini (PAS) melakukan pembalakan telah diluluskan di kawasan Gunung Inas dan pembalakan berbaki 3000 Hektar tersebut akan tetap dijalankan semula kerana lesen telah diluluskan.

Tentu akan ada pihak akan mempersoalkan kenapa kerajaan pentadbiran sekarang tidak menghentikan pembalakan yang telah diberi lesen oleh kerajaan sebelum ini..

Ya..!!! memang kerajaan negeri mempunyai kuasa mengarahkan pembalakan dihentikan tetapi kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan saman. Harus di ingat setiap hektar pembalakan yang diberikan lesen telah dibayar hasil primium tanahnya oleh syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen.

Cuma sekarang ini kerajaan negeri hanya boleh bertegas dengan syarikat pembalakan yang telah diberikan lesen terbabit agar mematuhi syarat-syarat yang dikenakan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog