Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 1 Februari 2014

@AnwarIbrahim Jadikan PAS Korban Untuk Mencapai Agenda Politiknya #PRKKajang


Sebenarnya agenda Anwar bertanding di DUN Kajang bukannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebenarnya atau pun memperkuatkan PR di Selangor. Sebaliknya apa yang dilakukan Anwar adalah memperkuatkan PKR di Selangor yang kini di lihat kian terancam kedudukannya sebagai ketua pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Mustahil untuk Anwar meminta Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB Selangor kerana ianya akan memberi ruang kepada PAS untuk menuntut hak mereka meletakkan MB dari kalangan pemimpin PAS sepertimana yang suarakan sendiri oleh PAS Selangor.

Ya betul !!! .. Tujuan Anwar bertanding di Selangor merupakan jambatan untuk Anwar berusaha menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar sedar bahawa dia tidak mampu meneruskan agenda lebih besarnya itu sekiranya dia tidak membuat langkah-langkah untuk mempertahankan penguasaan PKR di Selangor dari semasa ke semasa.

Sekiranya pentadbiran utama Kerajaan Negeri Selangor jatuh ke tangan PAS selepas PRU14 ini nescaya PKR akan berkubur gerakan politiknya kerana kehilangan kuasa utama di negeri yang boleh dijadikan kilang duit kepada politik PKR.

Ketahuilah bahawa Anwar boleh menyampuri urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor secara langsung sekiranya dia mempunyai jawatan dalam Negeri Selangor berbanding dia sebelum hanya menjadi Penasihat Ekonomi MB yang tidak mempunyai kuasa didalam struktur pentadbiran.

Percaturan politik Anwar amat licik.. Dia sanggup menikam sesiapa sahaja demi kelangsungan politiknya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog