Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 25 September 2013

Hot !!! EXCO Kerajaan Negeri Kedah Yang Menternak "Barua Pembangkang" Di Dedahkan #KedahAmanMakmur


Kelmarin Pisau Kedah ada memaparkan tentang satu email yang menceritakan perihal seorang EXCO menternak "Barua Pembangkang" sebagai penasihatnya. (Klik Sini)

Nak tahu siapa EXCO terbabit ?? .. Mai baca email yang terbaru yang mendedahkan siapakah EXCO terbabit.

Oleh Insan Pena

Kerajaan Kedah Wajib Ambil Peduli Pendedahan Ini
Siapa dibelakang isu lantikan Rektor KUIN?

Kenapa bukan calon dari bidang Pengajian Islam yang diletakkan?

Dah lupa pada janji anda untuk memartabatkan program asal KUIN?

Apa peranan Kementerian dalam mengatur Rektor KUIN?

Sejak bila perlu ada panel temuduga untuk jawatan tersebut?

Eh punyalah temuduga tengok-tengok calon yang dipilih tak ada Dr. Tak letak atau memang tak ada?

Rektor adalah bekas orang Kementerian. Temuduga oleh Wakil Kementerian. Tak pelik ke?

Apa pula peranan Sayuthi Sanusi dalam perancangan ini? Kenapa beliau ada semasa proses temuduga berlangsung? Kenapa perlu hadiri Sidang Dun sedangkan Jawatan beliau hanya Pengarah Hal Ehwal Akademik? Sepanjang hidup Sayuthi ni pernah ke UNDI BN? Siapa Mak Bapak dia? PAS ke UMNO?
Dato Tajul terlibat sekali? Apa peranan Dato Tajul? Selalu sangat bersama Sayuthi ni ada apa-apa ke? Tajul ni tak kenal siapa Sayuthi ini. Dia ni pendokong kuat Rektor lama dan Kerajaan lama. Dia ni PAS takok. Sayuthi ini adalah orang yang bertanggungjawab berkaitan Hal Ehwal Akademik dan selalu terlibat dengan pihak Kementerian. Adakah beliau terlibat dalam percaturan Rektor KUIN?
Sayuti Sanusi

Orang PAS tukar baju UMNO terus tajul percaya. Sebelum PRU ni Tajul tak tahu ke isu KUIN? Jawapan dalam sidang DUN hebat. Terduduk pihak lawan. Tetapi sedarkah anda maklumat yang diperolehi itu dari siapa? Sayuthi hanya menyerahkan kepada anda sedangkan maklumat tersebut telah pun disampaikan kepada MB sebelum itu lagi. 

Anda tak tahu isu KUIN tak perlu tunjuk pandai. Apa peranan Sayuthi dan Tajul dalam isu Fakulti Perubatan KUIN? Kenapa Mahsa diketepikan sedangkan mereka telah pun mendapat surat tawaran rasmi? Siapa dalang dari dalam Kuliah Perubatan KUIN? Kami tahu semuanya. Bersediakah MB Kedah untuk menjawab dan mempertahankan EXCO ini?
Rektor baru tapi pembantu dan pemandu Rektor tersebut, masih mengekalkan yang lama. Apa permainan politik yang cuba mereka mainkan disini? Bila orang tegur taknak dengar, jangan sampai KUIN rosak buat kali kedua!

Ooo..oo.. EXCO terbabit si Tajul rupanya...EXCO Pelajaran merangkap Ketua UMNO Bahagian Merbok

Takkan kot si Tajul ni buta IT sampai tak tahu dan tak selidik langsung siapa yang dilantiknya menjadi penasihat tu ?.

Kalau nak diikutkan nama Sayuti Sanusi ni dah banyak kali didedahkan sebelum PRU13 sebab merupakan diantara makhluk yang bertanggungjawab merosakkan KUIN semasa zaman bekas Rektor, Jamil Osman.

Agak malang la nasib Kerajaan Negeri didalam hendak memulihkan kembali KUIN sekiranya perkara ini dibiarkan saja.. Melantik diantara individu yang bertanggungjawab memusnahkab KUIN sebagai penasihat didalam hendak memulihkan kembali KUIN merupakan satu tindakkan yang kurang bijak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog