Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 13 September 2013

Hot !!! PAS Gunakan @MahfuzOmar Untuk Menafikan Hak Kebebasan Media Baru Untuk Ahli PAS


Apa..!!!. PAS takut dengan kebebasan media baru untuk berhadapan dengan pemilihan Muktamar ke-59 PAS.

Dari kenyataan terbaru Mahfuz Bean, Naib Presiden PAS serta merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah yang hendak dijatuhkan telah menyatakan PAS telah membuat ketetapan garis panduan baru untuk menyekat kebebasan bersuara pemimpin PAS serta ahli PAS melalui media baru.

Haa...haa... lawak,,,lawak... terguling-guling aku baca kenyataan yang di buat Mahfuz Bean yang mewakili PAS. Nampak sangat la PAS menidakkan kebebasan bersuara didalam PAS.. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Choisss... PAS kata memperjuangkan kebebasan bersuara tapi last-last bila nak berhadapan pemilihan Muktamar PAS pulak, kebebasan ahli serta pemimpin sendiri bersuara dihalang..

PAS nak kesemua ahli-ahlinya hanya mengikuti apa saja yang mereka tetapkan tanpa sebarang bantahan dari ahli akar umbi serta segelintir pemimpin walaupun pemimpin yang di letakkan mempunyai masalah yang boleh merosakkan PAS.

Apa yang Pisau Kedah dapat ketahui.. PAS kini tertekan dengan gerakkan ahli-ahli serta pemimpin di peringkat bawahan di kebanyakkan negeri untuk menghapuskan beberapa pemimpin didalam PAS terutamanya pemimpin yang pro kepada fahaman Syiah.

Boleh dikatakan pemimpin PAS yang pro kepada fahaman Syiah merupakan pemimpin yang mengangkat Anwar Ibrahim dan pemimpin yang tidak menyokong Anwar Ibrahim merupakan pemimpin PAS yang mengangkat kepimpinan Ulama yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Kebanyakkan ahli PAS akar umbi tidak mahu lagi Muktamar kali ini menjadi seperti mana Muktamar sebelum ini yang telah di caturkan oleh Anwar Ibrahim.. Maka medium media baru akan digunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan pemimpin tersebut. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog