Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 13 September 2013

Info : YB Sabrina Menawarkan Diri Untuk Bertanding Naib Ketua Puteri Malaysia


YB Datin Sabrina merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dapat merealisasi cita-cita beliau untuk terus membawa kecemerlangan Puteri UMNO Malaysia.

Kecemerlangan YB Datin Sabrina di bukitkan dalam pilihan raya umum ke-13 apabila memenangi DUN Bandar Baharu, Kulim. YB Sabrina merangkap antara EXCO termuda di Kedah, Beliau bukan sahaja mengekalkan prestasi sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum menjadi ADUN, beliau pernah menjawat jawatan CEO Biotech di Melaka. Pengalaman dan kematangan yang dimiliki YB Sabrina mampu membawa puteri ke arah kecemerlangan.

Beliau berharap pengalaman sebagai ketua Puteri Umno bahagian sejak pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu sejak 2008 akan terus membawa Umno berada di puncak.

Dengan pengalaman yang dimiliki YB Sabrina menawar diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan UMNO kali ini.

Untuk mengetahui perkembangan mengenai YB Sabrina anda boleh LIKE page beliau!

Sumber :- Kedah Ke KL

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog