Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 20 September 2013

Hot !!! Rakan Sefahaman @AnwarIbrahim Di Tahan Pihak Polis Di Terangganu


KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat tujuh pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan di rumah sewanya, di Kampung Pasir Panjang, di sini.
Suspek yang berusia 56 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsianya terbongkar kelmarin, selepas salah seorang daripada mangsa mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.  
Menurut sumber, mangsa berusia 13 tahun telah memberitahu kejadian dia diliwat oleh suspek, kepada kedua ibu bapanya semasa berada di rumah kira-kira jam 10.30 malam, 17 September lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa turut memaklumkan beberapa rakannya turut menjadi hamba seks kepada suspek yang layak dipanggil ayah itu.

“Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga mangsa bersama beberapa penduduk kampung segera ke rumah suspek bagi mendapatkan kesahihan di sebalik cerita anaknya iaitu kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin).

“Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal perasaan marah bertindak menyerang dan memukul suspek, lebih-lebih lagi selepas mendengar pengakuan suspek melakukan perbuatan jijik itu,” katanya, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, polis yang dimaklumkan juga kejadian berkenaan sebelum itu segera ke rumah suspek bagi mengawal keadaan sebelum menahan suspek, kira-kira sejam kemudian.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, suspek yang masih menjalani parol di sini, dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumah untuk makan, sebelum memuaskan nafsu jijiknya itu.

“Selain memberikan makan dan minum, suspek turut memasang video lucah bagi merangsang mangsanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.

Sehingga semalam, seramai tujuh remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek yang direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September depan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377C kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. - Sinar

Kalau peliwat tersebut mempunyai duit serta pengaruh.. Pastinya dia juga akan melakukan perkara seperti Anwar Ibrahim untuk mengelak dari dikenakan hukuman atas perbuatan  terkutuknya itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog