Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 26 September 2013

Tahniah !!! Skuad Hoki Malaysia Menghampiri Slot Ke Final Dengan Menundukkan England


MALAYSIA semakin menghampiri slot ke final apabila menundukkan England 3-1 untuk kemenangan ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, di Johor Baharu, hari ini.

Kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan itu melonjakkan Malaysia di kedudukan teratas carta enam pasukan dengan maksimum sembilan mata.

India turut mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membenam musuh tradisi Pakistan 4-0 untuk berkongsi mata dengan Malaysia.

Bagaimanapun, India menghuni tangga kedua dengan perbezaan jaringan.

Dalam pertemuan dengan England, Malaysia memperoleh kesemua gol menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Mohd Shahril Saabah pada minit kesembilan dan minit ke-56 dan Izad Hakimi pada minit ke-43.

England, yang gagal mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan, merapatkan jurang jaringan pada minit ke-61 menerusi pukulan sudut penalti oleh
Peter Bull.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog