Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 13 September 2013

@MukhrizMahathir Mempertahankan Filem Tanda Putra Bukannya Filem "Rasis"


Mukhriz (dua, kanan) ditemani Norzieta (kanan) berbual dengan Shuhaimi dan pelakon filem berkenaan.

ALOR SETAR - Filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 29 Ogos lalu dilihat banyak mengetengahkan sejarah kepimpinan negara.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, filem berkenaan jauh sekali untuk dianggap sebagai rasis seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, filem Tanda Putera terbukti mengingatkan rakyat kepada sejarah yang sesetengah faktanya tidak diketahui oleh masyarakat umum.

“Filem ini jauh sekali daripada sebuah filem rasis. Saya syorkan semua pihak menontonnya supaya kita memahami latar belakang negara di saat-saat getir dan pengorbanan pemimpin terdahulu.

“Satu mesej yang terdapat pada filem ini adalah setiap daripada kita tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, tinggal di bandar mahupun luar bandar mempunyai peranan memastikan negara terus aman dan damai serta maju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan tayangan perdana filem Tanda Putera anjuran Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri dan Ahli Dewan Negeri Kedah (Bidara) dan kerajaan negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, petang kelmarin.

Turut hadir menonton filem itu Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Toh Puan Bendahara Kedah, Puan Sri Nor Suzana Abdullah.

Hadir sama, Yang Dipertua Bidara, Datin Norzieta Zakaria, Shuhaimi serta barisan pelakon utama filem Tanda Putera.

Sementara itu, Norzieta berkata, pihaknya terpanggil untuk mengatur program berkenaan dengan hasrat mengimbau sejarah silam negara.

Katanya, filem Tanda Putera perlu dikongsi kerana kisahnya yang mampu menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara.

“Kami berharap ia dapat membawa keinsafan atas segala nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.

“Perjuangan atas semangat cintakan negara seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin terdahulu mengupayakan kita menikmati kemakmuran. Jerih perih dan pahit getir perjuangan mereka mesti diambil peduli dan dicontohi,” katanya.- Sinar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog