Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 2 Oktober 2013

Panas !!! Apakah KUIN Bakal Bergolak Lagi Di Zaman Pentadbiran @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Permasalahan yang di hadapi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan diantara punca utama PAS berhadapan dengan kekalahan pada PRU 13 yang lalu.

Kelemahan PAS sebagai pentadbir Kerajaan Negeri mengurus tadbir KUIN telah menyebabkan KUIN berhadapan dengan pelbagai permasalahan yang agak serius.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa sebelum PRU13 yang lalu, BN Kedah telah berhasrat menyelesaikan permasalahan KUIN sekiranya diberi mandat mentadbir Negeri Kedah selepas PRU 13. Pelbagai janji telah diberikan kepada kakitangan KUIN yang memberontak akibat kelemahan urus tadbir kerajaan negeri ketika itu.

Namun kini janji yang di taburi sebelum PRU13 yang lalu, BN Kedah telah gagal menunaikannya sehingga sekarang dan BN Kedah patut tunaikan janji tersebut.

BN Kedah tidak patut mengulangi kesilapan yang telah dilakukan PAS sebelum ini.. Sebelum nasi menjadi bubur lebih baik Pisau Kedah bersama sahabat-sahabat TMK yang lain memperingati BN Kedah yang di lihat semakin hari semakin mahu mengulangi kesilapan yang sama dengan PAS.

Pertamanya apa yang harus di lakukan BN Kedah adalah melantik Rektor dari kalangan individu yang bijak pandai ilmu agama..

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat kini perlantikan Rektor yang baru tidak berlandaskan apa yang dijanjikan BN Kedah sebelum ini yang akan melantik Rektor KUIN dari kalangan individu bijak pandai ilmu berkelulusan agama.

Rektor KUIN baru yang dipilih merupakan individu dari kalangan orang ekonomi sepertimana Rektor sebelum ini, Jamil Osman dan bukannya dari kalangan individu seperti yang dijanjikan.

Keduanya.. Kerajaan Negeri sekarang ini yang diwakili EXCO Pendidikan masih lagi mengguna pakai nasihat dari kalangan pihak kroni Jamil Osman (Rektor lama) yang dikenal pasti telah menyampuri urusan perlantikan Rektor yang baru ini.

Ketiganya .. Golongan kroni Rektor sebelum ini, si Jamil Osman yang banyak merosakkan KUIN dikekalkan dibahagian-bahagian penting pentadbiran KUIN.

Terbaru dari maklumat yang diterima.. Golongan terbabit (kroni Jamil Osman) membuat onar dengan menukarkan kakitangan kebahagian-bahagian lain dengan ikut suka hati dan menggunakan alasan ianya arahan Kerajaan Negeri.

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat.. Golongan terbabit yang boleh dikatakan kesemuanya penyokong tegar PAS menggunakan alasan "Arahan Kerajaan Negeri" untuk menukar kakitangan KUIN kebahagian tertentu adalah untuk menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan KUIN terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

Keempatnya.. Pihak TMK dimaklumkan bahawa gaji Rektor baru KUIN adalah sebanyak RM40,000.. Apakah ianya benar seperti yang di maklumkan kepada pihak TMK ??

Sekiranya benar-benar gaji Rektor baru KUIN sebanyak RM 40,000 ianya bererti gaji Rektor baru KUIN dua kali ganda dari gaji Rektor lama, Jamil Osman iaitu RM 20,000.

Kelimanya.. Rektor baru KUIN telah membuat keputusan untuk memindahkan semula kakitangan KUIN dan para pelajar ke Kuala Ketil dengan alasan "Kufur Nikmat" jika KUIN membiarkan kampus baru di Kuala Ketil begitu sahaja.

Adakah tidak menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Negeri menanggung hutang sekiranya kampus di Kuala Ketil di ambil oleh KUIN ??

Apakah akhirnya bebanan itu terpaksa di tanggung oleh para pelajar dan ibu bapa seperti yang dirancang oleh Jamil Osman sebelum ini dengan menaikkan yuran pengajian sebanyak 200% untuk menampung beban hutang yang terpaksa dibayar kepada pihak bank .?

Klik Sini untuk melihat bukti dokumen Jamil Osman, Rektor lama KUIN merancang menaikkan yuran sebanyak 200% untuk menampung bebanan hutang yang ditanggung dalam pembinaan Kampus baru Kuala Ketil -

Kufur nikmatkah sekiranya ianya membebankan ibu bapa serta pelajar yang mahu belajar di KUIN ??

Lagi pun harus di ingat.. BN Kedah sebelum ini ada menjanjikan sekiranya diberi mandat mentadbir Kedah. BN Kedah akan mengekalkan KUIN di Alor Setar sepertimana yang dikehendaki majoriti kakitangan KUIN.

Pisau Kedah berharap Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir dapat menyelesaikan perkara yang boleh mendatangkan keburukkan kepada Kerajaan Negeri.

Jangan dibiarkan KUIN menerima nasib yang sama sepertimana ketika zaman pentadbiran PAS sebelum ini.

5 ulasan:

Pemerhati kuin berkata...

BN bodoh la kalau mengulangi kesilapan Pas

Pemerhati kuin berkata...

BN bodoh la kalau mengulangi kesilapan Pas

Tanpa Nama berkata...

Jahanam di buatnya

Tanpa Nama berkata...

tajul si exco pelajaran sebelum jadi exco pelajaran mana pernah ambil tahu pasal kuin. Bila dah jadi exco buat2 pandai pula. Dah la di bahagian kira nak cantas saja. Perangai cukup hodoh...!!!

Anak Merbok berkata...

Anak kesygan madey diperbodoh oleh exco yang bodoh sombong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog