Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Panas !!! Akhirnya Husam Musa Sendiri Yang Mendakwa Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS Menyeleweng .


Pada awal Pisau Kedah baca akhbar online Sinar Harian semalam.. Pisau Kedah terkejut juga apabila akhbar itu menyiarkan artikel "Husam Bidas Tindakan Kerajaan Kelantan"..

Apa ke hal dengan Husam Musa ni..tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bidas tindakan kerajaan Kelantan ni ?? . Datang bulan ka si Husam ni ?..

Apabila Pisau Kedah meneliti beberapa blog, baru la Pisau Kedah faham kenapa yang si Husam Musa ni naik angin tak tentu pasal macam orang perempuan datang bulan.

Yang pastinya cerita ini tidak akan keluar di akhbar Harakah sebab ianya bakal menjatuhkan maruah PAS..

Sebenarnya si Husam Musa ni terlalu marah sangat dekat kerajaan negeri Kelantan ni di sebabkan Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi tanah di hutan simpan kekal Chabang Tongkat Hulu  seluas 3,500 ekar kepada seorang individu.

Jangan terkejut dari maklumat yang diperolehi, pemohonan tanah tersebut hanya dilakukan atas dua helai kertas sahaja dan telah diberikan melalui pemohonan kepada MB Kelantan pada 6 Ogos 2013 lalu.

Pehhh, mudah sungguh individu terbabit mendapat tanah hutan yang berstatus hutan simpan kekal dengan kadar segera melalui 2 helai kertas sahaja.

Tentunya individu terbabit terlalu istimewa kepada MB Kelantan sehinggakan mendorong mendapatkan tanah seluas 3,500 ekar di tanah yang berstatus simpan kekal dengan kadar segera.

Dari kenyataan yang diberi Husam Musa, Husam Musa mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu tidak wajar  dan menyimpang dari konsep ketulusan .

Kalau mengikut dari bahasa mudahnya Husam Musa yang merupakan pemimpin PAS  telah mendakwa Kerajaan Negeri pentadbiran PAS melakukan penyelewengan tanah.

Nampak gayanya Husam Musa lepas ni akan di hentam teruk la segelintir penyokong PAS yang terlalu marah dengan pendedahannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog