Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 22 Oktober 2013

Panas !!! Calon PAS PRK N20 Sungai Limau Tidak Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


Semua sedia maklum bahawa kedua-dua parti (BN dan PAS) telah mengumumkan calon mereka kelmarin.

Bagi pihak parti BN, BN meletakan seorang yang sebelum ini berstatus Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala bagi PAS, mereka meletakan Mohd Azam Samat, bekas Guru yang memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai.

Apa yang Pisau Kedah dapat lihat calon yang di letakan PAS kali ini pada PRK DUN Sungai Limau bagi mengantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak "Tidak Mampu Berdiri Di Atas Kaki Sendiri" dan mengharap sumber kekuatan pada nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Seperti yang Pisau Kedah jangkakan. Pastinya pada PRK Dun Sungai Limau, PAS akan menggunakan imej serta hubungan calon PAS dengan Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau.

Sejak dari mula pengumuman calon semalam, PAS mula meraih simpati dengan mengatakan mereka membawa calon yang merupakan "Anak Didik Ustaz Azizan".

PAS dapat merasakan sekiranya mereka tidak menggunakan nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak bagi menguatkan calon mereka, nescaya calon tersebut akan ditolak penduduk Sungai Limau.

Pisau Kedah amat yakin bahawa PAS dalam menempuhi tempoh berkempen yang diberikan SPR, mereka akan menjaja bahawa calon mereka merupakan "Anak Didik Ustaz Azizan" disetiap ceramah serta helaian risalah yang akan diedarkan.

Tidak hairan apa yang dapat anda lihat sekarang ini, PAS sudah mula menyebarkan bahan kempen dengan meletakan gambar calon mereka dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak seperti mana gambar dibawah ini.


Mengapa gambar Allahyarham Tan Sri Azizan digunakan oleh PAS untuk memperkenalkan calon mereka serta dalam sidang media menggunakan istilah "Anak Didik Ustaz Azizan" ?.. Mengapa PAS tidak menggunakan gambar Mahfuz Omar, sedangkan Mahfuz Omar merupakan Pesuruhjaya PAS bagi negeri Kedah.

Sudah jelas dan nyata bahawa PAS dan calonnya itu "Tidak Mampu Berdiri Di Atas Kaki Sendiri" serta tidak mempunyai kekuatan sekiranya menggunakan nama parti PAS sahaja. 

Tak malukah PAS apabila selepas kekalahan PAS Kedah pada PRU13 yang lalu, kebanyakkan penyokong serta pemimpin PAS menunding kesalahan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak menjadi punca PAS kalah di Kedah, tapi sekarang pulak menggunakan nama Allahyarham untuk meraih undi simpati ??.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat.. sikap PAS.. puak MUNAFIK yg suka menipu sana sini

Bila Almarhum Ust Azizan masih ada mereka kutuk dan lawan, doakan spy cepat mati (lebih jahat ada pemimpin PAS yg ucap 'cpt MAMPUIH'-bahasa kasaq di Kedah). Termasuklah yg digelar ostad22 Dewan Ulamak PAS Kedah


Tapi la ni..

Tp bila bab nk untung..tiba2 Mahpos Bean musuh utama Ust Azizan pura2 memuji dan ambil credit atas nama Ust Aizian.. punca krn nk tamak kuasa.. depa cpt nak pakai kelebihan Almarhum Ust Azizan pula.

Muka punya tak malu..!

puak PAS ni boleh berlakon MUNAFIK sgguh2. Apakah dgn sifat keji mcm ni PAS xboleh buat pd rakyat??

Kalau pemimpin tertingggi pun PAS boelh khianat pd perkara yg xsepatutnya.. apakah nasib rakyat selamat dgn puak2 ini??

Tanya lah org kedah.. siapa yg memusuhi Ust Azizan semasa beliau jd MB dlu.. sampai hati depa tubuhkan Jawatankuasa PEMANDU semata2 utk hukum dan kawal Ust Azizan, jd MB Boneka..

Jentera UMNO kena study dan jdkan bahan utk kempen.

Mukriz sentiasa hormat Ust Azizan dr awal sehingga akhir hayat beliau tnpa mengira parti..
itulah kehebatan Mukriz.. jauh lebih mulia dr Nik Najis yg suka maki org dan Mat Sabu pelucah berkopiah.. penjilat komunis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog