Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 8 Oktober 2013

Hot !!! Surat Terbuka Kakitangan KUIN Terhadap Rektor Baru KUIN . @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Setelah pelbagai masalah yang di hadapi kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akibat kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang melantik Jamil Osman sebagai Rektor KUIN.. Kini apakah KUIN bakal bergolak lagi dengan perlantikan Rektor baru yang di kelilingi kroni Jamil Osman ?

Apa-apa pun sekarang ini hala tuju KUIN telah terletak di bahu Rektor baru KUIN untuk menentukan sama ada hendak dirosakkan atau hendak dibaik pulih setelah mengalami masalah ketika zaman pentadbiran PAS.

Di sini Pisau Kedah hendak kongsikan surat terbuka dari kakitangan KUIN kepada Rektor baru KUIN, Datuk Yusof yang Pisau Kedah petik dari blog Berita KUIN
Assalamualaikum Y. Bhg Datuk

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk kerana telah dilantik sebagai Rektor baru KUIN ke-5 dan yang kedua berlatarbelakangkan bidang Ekonomi. Bagi staf KUIN perlantikan Datuk adalah sebagai satu rahmat kepada staf Kuin yang hampir 5 tahun dibelenggu kedukaan di bawah pentadbiran mantan Rektor iaitu Dato. Jamil Osman dan para kroninya.

Perlantikan Datuk diharapkan dapat memberi sinar baru kepada warga KUIN yang mahukan pentadbiran yang bersih, adil dan berhemah.

Saya percaya Datuk telah mengkaji latar belakang KUIN dan permasalahannya sebelum melapor diri di KUIN. Untuk makluman Datuk warga KUIN dalam keadaan tertekan semasa di bawah pentadbiran Jamil dan para kroninya di mana masalah gaji, pemotongan pinjaman bank, pengambilan kakitangan yang tidak mengikut prosedur, kebajikan kakitangan dan sebagainya dianggap remeh oleh Jamil dan para kroninya. Atas sebab desakan ini maka BERSIH KUIN diwujudkan untuk memprotes segala salah laku dan kecelaruan yang dilakukan oleh Jamil dan disokong kuat oleh para kroninya.

Oleh itu pelbagai cara dilakukan oleh BERSIH KUIN untuk menentang kezaliman yang dilakukan termasuk mengadakan demonstrasi dan beberapa penyerahan memorandum dilakukan kepada Jamil dan kerajaan negeri yang menuntut penubuhan Jawatankuasa Siasatan dilakukan terhadap Jamil dan para kroninya.


JAMIL DAN KRONI-KRONINYA

Saiapa dalam KUIN tak kenal Z MAn , Wan Su, Haji , Bapak A dan Mus. Mereka ini adalah orang kuat Jamil yang dibawa masuk dari UIA untuk membantu menjayakan misinya. Manakala madam AZ, Dr R, Mr SS pula adalah antara orang dalam yang bersekongkol dengan jamil. Mereka ini masih terdapat dalaam KUIN dan masih setia dengan segala tindakan Jamil semasa pentadbirannya di KUIN. Mereka begitu hebat menyokong Jamil dalam penubuhan anak-anak syarikat dan menghentam sataf-staf yang mengkritik tindakan Jamil

Masih ingat lagi rakan-rakan di HEP memberitahu Wan Su telah menghentam mereka di dalam mesyuarat kerana membantah segala usaha yang dijalankan oleh Jamil termasuk menubuhkan anak-anak syarikat. Maka tidak hairanlah ada di antara mereka termasuk Wan Su mendapat Profesor penuh walaupun baru berkhidmat di KUIN padahal semasa mereka berkhidmat di universiti asal mereka bayangan Prof Madya pun susah nak dapat. Meraka ini jugalah yang mengkritik hebat apa yang dilakukan oleh BERSIH KUIN sehinggakan Wan Su mengatakan Skuad BERSIH amat kebulur sangat kenaikan gaji 13%. 13 % ITU ADALAH HAK KAMI.

Kini semasa pentadbiran Datuk, muka - muka mereka ini yang masih berada di sini yang telah membantu Jamil merosakkan KUIN menonjol kembali.

Mereka inilah yang menyebabkan warga KUIN menderita akibat KUIN mengalami masalah kewangan yang serius. Tapi kini nada mereka berbeza di mana mereka mengkritik apa yang telah dilakukan oleh Jamil adalah tidak betul dan salah dari segi undang-undang. Inilah manusia yang dikatakan lidah bercabang dan talam 40 muka. Mereka ini boleh pusing 360 darjah pada bila - bila masa sahaja dengan menyokong Jamil pada hari ini dan esoknya menghentam Jamil pula. Tidak mustahil mereka menyokong Datuk pada hari ini dan menghentam Datuk pula kemudiannya. Mereka ini mencari tempat di sini kerana muka-muka mereka sudah tidak dikhendaki di mana - mana jua IPT lain.

Oleh itu berhati-hatilah dengan mereka ini dan staf KUIN ingin melihat manusia - manusia ini berambus dari KUIN tak lama lagi. Kami sedar yang Datuk masih menggunakan meraka ini sebagai tink-tank tapi mereka ini sepatutnya mengikut jejak Jamil dari dulu lagi. Mereka ini pastinya akan mengampu Datuk habis-habisan demi memastikan survival atau periuk nasi mereka tidak terjejas di KUIN. Saya percaya Datuk orang yang berpengalaman dan dapat menilai dengan baik orang di sekeliling Datuk


PERPINDAHAN KE KUALA KETIL

Perpindahan ke Kuala Ketil telah mula ditimbulkan kembali sebaik sahaja Datuk masuk ke KUIN. Siapa tidak teruja dengan kampus Kuala Ketil yang besar dan cantik TAPI untuk makluman Ybhg. Datuk kampus K Ketil terletak 95 km dari bandar Alor Setar dan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke situ. Untuk makluman Ybhg. Datuk, KUIN telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini telahpun menjangkau usia 18 tahun. Dalam tempoh tersebut kebanyakan staf telahpun membeli rumah atau hartanah, berkahwin dengan mempunyai suami atau isteri yang bekerja di kawasan Alor Setar dan menyekolahkan anak mereka di sekitarnya. Maka apabila soal perpindahan ini ditimbulkan semula maka staf berada dalam keadaaan gundah gulana dan tertekan.

Kami membayangkan bagaimana untuk berulang sejauh itu dengan keadaaan sekarang harga minyak melambung dan masa yang akan di ambil untuk berada di atas jalanraya setiap hari. Sebelum ini ada staf yang telah berulang setiap hari dan beliau mengatakan bahawa beliau terpaksa belanja RM700 sebulan untuk tol dan minyak petrol malah beliau kadang-kadang tidur di masjid sebentar akibat terlalu mengantuk semasa memandu balik. Kesulitan ini diakui sendiri oleh YAB Menteri Besar, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang mana beliau menyatakan dalam akhbar yang beliau kasihan melihat staf KUIN yang terpaksa keluar seawal jam 6 pagi untuk sampai ke Kuala Ketil sebelum jam 8 pagi dan bila waktu pulang akan sampai di rumah jam 8 malam. Maka bagi YAB Menteri Besar perpindahan ke Kuala Ketil adalah tidak wajar. Oleh itu kami berharap perpindahan ke Kuala Ketil tidak dibangkitkan lagi.

Kami maklum yang proposal sedang dibuat untuk dibentangkan kepada YAB Menteri Besar dalam masa terdekat untuk menerangkan rasional perpindahan ini dan kami juga berharap YAB Menteri Besar dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya perpindahan ke Kuala Ketil dengan mengambil kira kebajikan staf KUIN. Skuad BERSIH KUIN juga akan bertemu dengan YAB Menteri Besar mengenai perkara ini.

Kami percaya orang seperti Datuk, Z Man, Wan Su, Haji B dan Mus tidak terkesan dengan perpindahan kerana kata orang Kedah cuma `angkat bungkus' dan cari rumah. Tapi bagi kami yang bergaji kecil dan telah membeli rumah di sini akan sangat terkesan dengan perpindahan ini. Cuma kami berharap ayat`sapa nak pindah, pindah dan sapa tak mau pindah boleh berhenti` tidak keluar dari mulut Datuk seperti rektor yang dulu.

Apa pun kami percaya atas kebijaksanaan Datuk untuk menangani permasalahan ini

Akhir kata saya mengucapkan selamat bertugas dan semoga KUIN beroleh kecemerlangan di bawah pimpinan Yang Bhg. Datuk

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog