Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 7 Oktober 2013

Tu Dia !!! Pengerusi DAP Melaka Ugut Mahu Dedahkan Salah Laku Pemimpin DAP

Bila diperkatakan tentang penyelewengan.. Pakatan Haram sering menunding kepada BN dan Kerajaan Malaysia.. Namun dengan ugutan yang telah di lakukan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang akan mendedahkan salah laku menyalahgunakan kewangan parti oleh pemimpin parti ternyata pemimpin Pakatan Haram sebenarnya yang suka menyeleweng.

Goh Leing San
BANDARAYA MELAKA - Percakaran dalam DAP Melaka dilihat semakin panas gara-gara tindakan Pengerusi DAP, Goh Leong San memuji Ketua Menteri, Datuk Idris Haron semasa hari pertama

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) awal minggu ini.

Percakaran terbaru meletus apabila Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Keun Ban, kedua-duanya dari DAP secara terbuka mengkritik tindakan Leong San.

Pertembungan itu sekali lagi mendedahkan ketidak sefahaman dalam DAP Melaka seperti berlaku pada PRU13 lalu turut menyebabkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him diletakkan sebagai calon kerusi Dun Kota Laksamana menentang Keun Ban.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, beliau menarik diri daripada bertanding.

Ketika mengulas kejadian terbaru ini, Leong San berkata, beliau sudah hilang sabar di atas tindakan sesetengah pemimpin parti yang sering campur tangan dalam hal Melaka.

Beliau berkata, beliau akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilihan calon PRU13 lalu sekiranya DAP pusat gagal menyelesaikan masalah itu.

“Saya tidak akan teragak-agak mendedahkan semua ini sekiranya ada pihak cuba memaksa saya melepaskan jawatan saya secara tidak adil atau tanpa alasan kukuh,” katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Adun Duyong dan Ketua Pembangkang Melaka berkata, beliau juga akan mendedahkan tindakan sesetengah pemimpin yang didakwa menyalahgunakan kewangan parti.

“Saya tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya kepimpinan pusat terus tidak mengendahkan perkara ini,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog