Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 27 September 2013

Pendedahan !!! Benarkah Dakawaan Akhramsyah Sanusi a.k.a @AMUBAIDASH Bukan Bekas Presiden MAYC #BeraniBerubah

Sebelum ini dalam dunia maya telah riuh mengatakan Akhramsyah Sanusi yang bakal menentang KJ dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan seorang penipu yang kononnya merupakan bekas Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Kenyataan yang mendakwa Akhramsyah Sanusi merupakan seorang penipu dan tidak pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC telah dibuat oleh Mohd Hazri Mohd Hadzir yang merupakan Presiden MAYC sekarang serta merangkap calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik didalam sidang akhbar beberapa hari yang lepas (Klik Sini)

Benarkah Akhramsyah Sanusi seorang penipu atau ianya hanyalah satu tuduhan semata-mata disebabkan Akhramsyah Sanusi akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menentang KJ ?

Di sini Pisau Kedah hendak tunjukkan bukti bahawa dakwaan Mohd Hazri adalah tuduhan semata-mata untuk menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi yang hendak menentang KJ di dalam merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Didalam blog rasmi MAYC pada tahun 2010 terbukti ada menunjukkan bahawa Akhramsyah Sanusi memegang jawatan Presiden kelab tersebut.

Klik Sini untuk ke laman blog rasmi MAYC

Tak cukup lagi bukti ??.. Nak lagi bukti ??..

Dokumen bersama gambar yang menunjukkan kehadiran Akhramsyah ke Mesyuarat Agung Tahunan MBM kali ke-58 pada 6 hingga 8 Januari 2010 yang mewakili MAYC selaku Presidennya.

Gambar semasa mesyuarat tersebut.

Klik Sini bagi memperkukuhkan lagi bukti.

Terbukti Akhramsyah Sanusi pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC tahun 2010 sehingga 2012.

Kenapa Mohd Hazri hendak sangat memburukkan imej Akhramsyah Sanusi ?..

Di bawah ni Pisau Kedah nak tunjukkan satu gambar terbaru Mohd Hazri bersama penajanya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik dan gambar itu boleh menceritakan kenapa Mohd Hazri hendak sangat menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi.

4 ulasan:

Hafidz berkata...

depa dua ni, akhram dan hazri satu sekolah dulu...MRSM Balik Pulau. Pelik aku tgk tok siak (panggilan hazri waktu sekolah dulu) ni dok buat perangai kat senior dia.

Tok siak! hang kalau nak berpolitik pun biaqla dgn cara yg jujur dan berhemah.Lagu ni ka cara hang nak pimpin Pemuda Sik?

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sangat la Hazri ni. Dengar kata dalam MAYC pun dia ni gila kuasa.

hairi berkata...

Untuk Makluman, link diatas BUKAN laman web rasmi MAYC Kebangsaan, laman web tersebut telah di bina sendiri oleh Ser. Akram dan penyokong2nya, laman web rasmi MAYC ialah http://www.mayckebangsaan.org.my dan kami sedang membina laman web yg lebih baik dan akan dilancarkan tidak lama lagi, walaupun perkara ini telah lama dan tidak akan merubahkan apa2, tetapi saya merasakan adalah perlu untuk saya memperbetulkan fakta, supaya masyarakat akan datang tidak terkeliru yg bahawasanya Sdr.Akram Memang TIDAK PERNAH menjadi Presiden MAYC Kebangsaan ( Boleh semak dengan Pendaftar Pertubuhan Belia) Sekarang MAYC dibawah pemerintahan Presiden baru iaitu Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim.

Sebarang Kemuskilan boleh berhubung terus ke Pejabat MAYC Kebabangsaan yg beralamat di :

NO.40, TINGKAT 1, WISMA BELIA, JALAN SYED PUTRA, 50460, KUALA LUMPUR.
TEL : 03-22746260

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog