Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 1 Oktober 2013

CEC 2.0 : Membuktikan Maruah Bangsa Melayu DAP Berharga 50 Sen


Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang, One World, di Petaling Jaya semalam. Walaupun begitu, ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati. 

Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah? 

Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5?  Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi? 

Persoalan ketiga adalah lebih mengujakan iaitu tentang ketiadaan walau seorang pun wakil Melayu yang mampu meraih undi yang cukup untuk memegang jawatan utama.

Dan kenapakah DAP masih tidak serik menipu dengan menggambarkan Zairil Khir Johari sebagai wakil Melayu?

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari itu. Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina. Justeru, inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina!  Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu, melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu. 

Sedangkan, hakikatnya, DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.   

Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai ‘tidak dijangka’.  Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal. Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri.

Justeru, tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya. Sebenarnya, kita yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu.

Kini, setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina, maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya. Jelas di sini, bahawa walau apapun terjadi, perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum. 

Dengan itu, biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai, namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi. 

Rakyat tidak mungkin akan lupa bahawa Lim Guan Eng tidak pernah mengaku salah memanipulasi undi dan soal 753 perwakilan yang tidak menerima notis sebelum ini masih belum terjawab. Lim Guan Eng juga dikatakan akan terus memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga ke 5 iaitu antara tercorot bagi seorang pemimpin dengan nama yang begitu besar.

Zairil seorang Cina pula terus diwar-warkan sebagai wakil Melayu manakala mesyuarat pula diadakan dalam suasana penuh pembaziran.    Kesimpulannya, DAP sudah tidak layak untuk bercakap atau menegur BN atau mana-mana parti dalam konteks amanah, ketelusan, keterbukaan dan apa pun jua lagi selepas ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog