Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 8 Oktober 2013

Panas !!! @MukhrizMahathir Akan Guna Strategi Berbeza Di PRK Sungai Limau #KedahAmanMakmur #PrkSgLimau


KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 November depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog