Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 6 Oktober 2013

Info !!! Hebahan Ayam Utara Tidak Boleh Di Makan Hanyalah "Palsu"



Baru-baru ni heboh dalam laman media maya mengatakan Pejabat Kesihatan Parit Buntar telah mengeluarkan hebahan kepada orang awam supaya tidak memakan ayam yang datang dari kawasan utara semenanjung kerana ianya dipercayai dicemari dengan Bakteria Salmonella..

Namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan akan hebahan tersebut telah dilakukan Pejabat Kesihatan dalam daerah tersebut.

PARIT BUNTAR - Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, semalam menafikan sebarang usaha mengeluarkan hebahan awam meminta orang ramai tidak memakan ayam dari kawasan utara semenanjung sebagaimana disebarkan secara meluas melalui SMS dan laman sosial sejak seminggu lalu.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kerian berkata, dakwaan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersumberkan Pejabat Kesihatan Parit Buntar (dalam daerah Kerian) itu adalah tidak tepat dan pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian tidak pernah mengendalikan sebarang uji kaji melibatkan daging ayam yang diimport dari Thailand sebagaimana didakwa dalam hebahan itu.

“Selain itu, pihak kami turut menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang hebahan awam tanpa kebenaran Jabatan Kesihatan Negeri Perak atau Kementerian Kesihatan sendiri.

“Berdasarkan maklumat diterima, hanya Jabatan Kesihatan Negeri Kedah difahamkan melakukan eksperimen dan uji kaji terhadap bekalan ayam di negeri itu bagi tujuan mengenal pasti kewujudan bakteria salmonella dan hasil keputusannya masih belum diperoleh lagi.

“Justeru, pihak kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu itu melalui laman sosial memandangkan kami bimbang ianya akan menimbulkan kesulitan terhadap banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Semalam, Sinar Harian mengenal pasti terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan maklumat palsu mengenai larangan memakan ayam dari utara Semenanjung Malaysia oleh Kementerian Kesihatan kerana disyaki terdapat virus pada ayam diimport dari Thailand.

Hebahan yang disebarkan secara meluas menggunakan pelbagai laman sosial itu mendakwa virus yang terdapat pada ayam diimport itu boleh menyebabkan kematian jika pesakit lambat mendapatkan rawatan.

Selain itu, hebahan itu turut mendakwa beberapa sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang mengalami simptom virus itu dan menyebabkan sebilangan pelajar dimasukkan ke dalam hospital.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi menegaskan pihaknya akan menyiasat isu ini dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog