Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Hot !!! Benarkah Dakwaan Calon Bertanding Dalam Pemilihan UMNO Minta Restu Pengkhianat Parti ?? #KedahAmanMakmur




Semakin dekat pemilihan UMNO.. Semakin mengganas la tuduhan yang bukan-bukan yang akan dikeluarkan pihak tertentu bagi menjatuhkan imej pihak lawan dalam merebut sesuatu jawatan dalam pemilihan UMNO .

Terbaru.. Pisau Kedah tak tahu la apa motifnya satu blog dari blogger pro UMNO memuat naik satu cerita kononnya beberapa orang ahli UMNO di Kulim Bandar Bahru telah mengambil restu dari Kadir Sheikh Fadzil untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

Menurut tuduhan blog itu lagi bahawa beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO bagi mengisi jawatan di bahagian kali ini sebenarnya telah diatur oleh Kadir Sheikh Fadzil.

Tujuan Kadir Sheikh Fadzil mengatur individu terbabit adalah disebabkan mahu memberi tekanan kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzil yang juga merupakan adik kepada Kadir Sheikh Fadzil supaya tunduk kepada telunjuk abangnya itu.

Semua kita sedia maklum bahawa sebelum ini di Bahagian Kulim Bandar Baharu, ramai penyokong-penyokong kuat Kadir Sheikh Fadzil di situ. Namun tindakkan drastik Kadir Sheikh Fadzil mengkhianati UMNO ianya tidak menyebabkan penyokong-penyokongnya juga berbuat demikian kerana penyokong-penyokongnya tetap setia dengan UMNO.

Walaupun pada PRU 13 yang lalu.. Kadir Sheikh Fadzil telah memihak kepada Pakatan Haram, ianya tidak menjadi satu masalah bagi UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu untuk memenangi ketiga-tiga kerusi yang di pertandingkan dibahagian tersebut.

Sudah jelas bahawa setelah Kadir Sheikh Fadzil mengkhianati parti UMNO. Pengaruhnya didalam UMNO sudah hilang terus.

Oleh disebabkan nama Kadir Sheikh Fadzil telah membusuk didalam UMNO sebagai pengkhianat, maka namanya di jadikan bahan oleh individu tertentu dalam UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu untuk menjatuhkan imej calon-calon dalam pemilihan yang pro kepada Ketua UMNO Bahagian Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzil dengan menggunakan medium media baru.

Kepada individu yang menjadi duri dalam daging di Bahagian Kulim Bandar Baharu di harapkan sedar la bahawa tindakkannya menggunakan medium media baru untuk menjatuhkan pihak tertentu didalam pemilihan UMNO dengan melakukan tuduhan merupakan tindakkan yang kurang bijak.

Kulim Bandar Baharu merupakan aset bagi BN Kedah.. Jangan jadikan pemilihan UMNO sebagai penyebab aset terbabit tergadai pada PRU14 nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adalah baiknya tuduhan itu disiasat oleh umno pusat /umno kedah serta umno kbb perlu ada kematangan BUKAN NAFIKAN ISU TERSEBUT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog