Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Perpecahan DAP Melaka Membuatkan Ketua Pembangkang Melaka Letak Jawatan


MELAKA, 8 Okt (Bernama) -- Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San bertindak meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong itu
bagaimanapun enggan menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

"Tanyalah Adun Kota Laksamana (Lai Keun Ban) dan Ayer Keroh (Khoo Poay Tiong) kenapa saya letak jawatan," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Sementara itu Speaker DUN Melaka Datuk Othman
Muhamad ketika ditemui Bernama, mengesahkan perkara berkenaan.

"Goh menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada saya pada pukul 12 tengah hari tadi. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini," katanya.

Menurut Othman, Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau berbuat demikian.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan Goh mendakwa terdapat campur tangan pemimpin pusat parti itu dalam urusan DAP Melaka, menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota DAP di negeri ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog