Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 7 Oktober 2013

Panas !!! Zalim Terhadap OKU @Latheefa Koya Di Malukan N Surendren


Agak keterlaluan apabila, Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) , N Surendren mempergunakan golongan OKU untuk mendapat keuntungan politik dirinya yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

N Surendren dengan sifat tidak berperikemanusian telah membiarkan seorang OKU yang tidak boleh berjalan untuk menaiki tangga untuk menghantar memorandum kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim.

Apa yang kita dapat lihat didalam gambar diatas ternyata begitu ramai golongan termasuk Ahli Parlimen Padang Serai yang mempunyai keupayaan anggota yang cukup lengkap membiarkan saja individu OKU menaiki tangga dalam keadaan kurang upaya.

Mengapa N Surendren selaku wakil rakyat tidak membawa sendiri memorandum tersebut kepada Pengarah JKM Kulim sekiranya benar-benar hendak membantu golongan OKU terbabit ? Mengapa hendak mempergunakan golongan OKU untuk menunjukkan dirinya kononnya memperjuangkan Hak Rakyat.

Bukankah lebih baik kalau N Surendren jujur hendak membantu golongan OKU terbabit, N Surendren selaku wakil rakyat berjumpa sendiri dengan Pengarah JKM Kulim mendesak agar diberikan bantuan yang sepatutnya terhadap individu OKU terbabit.

Apa yang dapat Pisau Kedah perhatikan.. Tindakkan menghantar memorandum kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim ianya seolah-olah diaturkan N Surendren untuk menjatuhkan imej JKM dengan menggunakan golongan OKU. 

Apa yang lebih teruknya lagi apabila Latheefa Koya menggunakan gambar-gambar tersebut dengan menuduh "Pengarah JKM Kulim Memaksa Wakil OKU Merangkak Naik Tangga Untuk Hantar Memo".


Benarkah Pengarah JKM Kulim telah MEMAKSA wakil OKU merangkak naik tangga atau adengan OKU menaiki tangga sengaja di ada-adakan N Surendren ?..

Kalau ianya tidak benar.. Pisau Kedah berharap Pengarah JKM Kulim dapat mengambil tindakkan undang-undang terhadap Latheefa Koya kerana melakukan fitnah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog