Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 5 Oktober 2013

Info : Arah Kiblat Umat Islam Akan Terganggu Di Sebabkan Ribut Geomagnetik


Kumpulan saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi semalam dan akan berakhir pada 29 Oktober nanti.

"Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari,” katanya.

Menurut saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut.

"Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya.

Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat.

Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.

Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi.

TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.

Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.

Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog