Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 10 Oktober 2013

Hot !!! Mat Sabu Kini Kian Di Tolak Akar Umbi Dalam PAS


Ha...haaa.. Mat Sabu bukan calon yang dipilih akar umbi untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS buat kali kedua.
KUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.

Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nik Mohd Amar mendapat empat pencalonan dari Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara oleh Pas kawasan Kemaman dan Setiu bagi mencabar Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu, November depan.

Bagaimanapun, pencalonan terhadap Mohamad Sabu mungkin boleh berlaku di Hulu Terengganu dan Marang memandangkan kedua-duanya belum membuat sebarang keputusan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, ia sekali gus memperlihatkan Pas kawasan di negeri ini lebih mengutamakan calon Timbalan Presiden daripada kalangan ulama untuk digandingkan dengan Abdul Hadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin ketika ditanya mengenai pencalonan tersebut memberitahu, walaupun Pas kawasan memilih Nik Mohd Amar sebagai timbalan presiden, ia tidak bermakna pihaknya menolak pemimpin profesional untuk diletakkan dalam kepimpinan kedua tertinggi parti.

Beliau menjelaskan, sesiapa yang lebih memahami agama lebih layak memimpin parti tanpa mengambil kira sama ada ulama atau profesional.

“Saya tidak setuju mereka yang mengkategorikan ulama dan profesional kerana tidak timbul soal ini.

"Sesiapa sahaja yang mampu untuk pertahankan matlamat perjuangan parti adalah dikira layak untuk memimpin,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, walaupun nama pemimpin tertentu tidak tersenarai, ia tidak menggambarkan mereka tidak bagus sebaliknya keputusan berdasarkan undian tertinggi di pihak jawatankuasa Pas kawasan.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Salahudin Ayub yang merupakan penyandang  mendapat sokongan daripada keenam-enam kawasan untuk beliau terus mengekalkan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim pula mendapat empat pencalonan, Datuk Mahfuz Omar (tiga), manakala Datuk Abu Bakar Chik dan Idris Ahmad masing-masing dengan dua pencalonan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Adun Salor hanya mendapat satu pencalonan dari Pas kawasan Kemaman.

Sememangnya Mat Sabu layak di singkirkan oleh akar umbi dari memegang jawatan Timbalan Presiden PAS buat kali kedua.. Mat Sabu sememangnya banyak membuat perkara yang bodoh sehinggakan ianya mendatangkan keburukkan kepada PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog