Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?
Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.
Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.
“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.
Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu.
Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?
Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan