Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 7 Oktober 2013

Kisah Pengalaman Seorang Doktor Hidup Di Australia Yang Patut Penyokong PR Ambil Iktibar


Bagi Pisau Kedah.. Penyokong Pakatan Haram yang mendakwa Kerajaan Malaysia ni zalim terhadap rakyat patut membaca kisah pengalaman seorang doktor yang hidup di Australia.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Satu Ringgit?" tanya Dr Mariya Yahya, 29, yang terkejut dengan bayaran rawatan bagi ibunya di Klinik 1Malaysia.

Bagi Dr Mariya, yang telah menetap dan bekerja di
Australia sejak usia 18 tahun, bayaran kecil itu di kemudahan yang dikendalikan kerajaan sukar untuk dipercayai.

"Bayangkan seorang warga emas penghidap penyakit
tiga serangkai, baru selesai mendapatkan rawatan
susulan pakar di hospital awam dan pulang dengan
berkotak-kotak ubat yang sebenarnya berharga ratusanringgit padahal beliau tidak membayar satu sen pun," kata doktor gigi ini yang peka dengan harga sebenar khidmat perubatan.

Bandingkan pula dengan bayaran pakar swasta yang
mencecah ratusan Ringgit untuk sekali rawatan, belum ditambah dengan harga ubat-ubatan dan perkhidmatan makmal yang lebih mahal, tambahnya.

Beliau berkata rakyat Malaysia bernasib baik kerana
semua golongan sama ada miskin, sederhana atau kaya boleh menikmati kemudahan kesihatan secara percuma atau dengan bayaran paling minimum.

PENGALAMAN DI AUSTRALIA

Ini berbeza dengan di Australia yang hanya membenarkan mereka yang layak iaitu pemegang kad
konsesi untuk menikmati perkhidmatan hospital awam.

Penerima kad konsesi lazimnya adalah pelajar, penganggur, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka
yang berpendapatan kurang daripada AUS$ 30,000
(RM90,500)setahun.

"Itupun, hospital awam hanya mengeluarkan perskripsi ubatan tanpa ubatan percuma menyebabkan pesakit luar perlu membeli dan membayar sendiri ubat yang diperlukan daripada farmasi," jelasnya.

Dan mereka yang mampu perlu ke hospital swasta.

SARA HIDUP MAHAL

Dr Mariya yang bertugas di Adelaide mengakui sara
hidup berkeluarga dan bekerja di Australia, pada amnya mahal. Beliau dan suami teguh bertahan demi salah seorang anak mereka yang merupakan anak istimewa.

"Memandangkan dia dilahirkan di negara ini, anak kami layak mendapat perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang cukup mudah diperolehi di negeri yang kami tinggal (South Australia)," katanya menerangkan
perkhidmatan itu termasuk terapi pertuturan, fisioterapi, kaunseling kanak-kanak dan sebagainya.

Isunya, cukai pendapatan yang dikenakan adalah setinggi 46 peratus daripada pendapatan bercukai
setahun sehingga menyebabkan beliau dan rakan-rakan merasakan ia terlalu menekan pekerja golongan pertengahan seperti mereka.

Itu belum termasuk banyak lagi yuran tahunan wajib
seperti bayaran insurans kesihatan dan insurans
pekerjaan, pelbagai lesen seperti lesen membuat radiasi (x-ray), yuran sekolah dan sebagainya.

"Mereka yang berpendapatan di bawah $30,000 setahun dikecualikan daripada cukai dan golongan atasan seperti jutawan pula boleh mengurangkan cukai melalui aktiviti korporat seperti mengadakan cabutan bertuah atau memberi derma," jelasnya.

Antara punca golongan profesional Australia terpaksa
membayar cukai yang tinggi adalah kerana kerajaan
memerlukan wang bagi menyara orang seperti penagih dadah, penganggur dan ibu tunggal.

Beliau menjelaskan polisi menyara golongan sebegitu
walaupun baik, ia turut disalahguna dengan pelajar tidak berkahwin sengaja mengandung bagi mendapatkan saraan kebajikan dan begitu juga golongan penganggur yang kekal menganggur.

TANPA SUBSIDI

Perbelanjaan untuk pengangkutan juga tidak kurang
mahalnya. Berbeza dengan Malaysia yang mengamalkan polisi subsidi untuk mengurangkan beban sara hidup, tiada istilah subsidi petrol, air atau elektrik di Australia.

Pengguna kenderaan persendirian perlu membayar harga petrol asal iaitu sekitar AUS$1.59 (RM4.80) untuk seliter, malahan pemilik kebanyakkan stesen petrol kawasan luar bandar mengubah harga mengikut perkembangan semasa.

Jika di Malaysia pemandu yang melanggar peraturan
jalan raya boleh mendapatkan diskaun jika membayar saman secepat mungkin, istilah itu tidak wujud di negara kangaroo itu.

Malahan, mereka mempunyai sistem mata demerit yang menyebabkan lesen pemandu digantung jika mata terkumpul mencapai jumlah tertentu.
"Barangkali ini adalah faktor utama mengapa pemandu Australia sangat berdisplin dan bilangan kenderaan juga kurang dengan sistem basnya cekap," tambahnya.

Untuk pengangkutan awam pula, pengguna tanpa kad
konsesi perlu membayar harga antara AUS$4.00-$5.00
(RM12-RM15)untuk satu tiket yang boleh digunakan
untuk menaiki mana-mana bas selama dua jam.

SERVIS MAHAL

Walaupun kualiti perkhidmatan di sana dikira amat baik, perbelanjaan menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak adalah AUS$80 (RM241) seorang untuk sehari, manakala yuran sekolah awam pula menelan belanja AUS$250 (RM754) setahun.

Perkhidmatan asas juga mahal misalnya bayaran untuk menggunting rambut adalah sekitar AUS$30 (RM90.50), sedangkan menurut Mariya, dengan nilai yang sama, seseorang boleh gunting dan cuci rambut serta mendapatkan urutan kepala di salun rambut Malaysia.

"Jika ingin makan di luar pula anda perlu bersedia untuk membayar AUS$3.50 untuk secawan kopi paling murah, jadi bayangkan sendiri berapa banyak yang perlu anda sediakan untuk menu lengkap," katanya.

Memang ramai yang menyangka menetap di luar negara adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi mereka tidak sedar sara hidup pekerja di negara asing adalah tinggi.

Beliau merasakan situasi di Malaysia adalah cukup baik dan seimbang untuk semua golongan miskin, kaya dan pertengahan, walaupun masih terdapat banyak ruang pembaikan.

Tetapi rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang
mereka tidak boleh hidup dengan subsidi buat selama-lamanya.
-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak PR ini ... kalau baca pun artikel inii akan buat sardin saje ... bagi depa apa pun kerajaan buat tak baik... apa yang PR buat baik hatta P.Pinang naikkan caj air 100% pun masih dianggap baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog