Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 25 Mac 2014

AS Tawarkan "Towed Pinger Locatot 25" Untuk Kesan Kotak Hitam MH370


KUALA LUMPUR 24 Mac - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menempatkan pengesan kotak hitam ke kawasan selatan Lautan Hindi sebagai usaha mencari pesawat MH370.

Jurucakap Armada Ketujuh AS, Komander William Marks berkata, tentera laut melihat usaha itu sebagai 'langkah berjaga-jaga' jika pasukan mencari mengesahkan lokasi kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

"Jika kawasan serpihan disahkan, 'Towed Pinger Locator 25' milik tentera laut akan menambah kelebihan yang ketara dalam usaha mencari kotak hitam pesawat Malaysia yang hilang itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sistem pencarian itu bergantung kepada isyarat akustik yang dijatuhkan oleh kapal tentera laut dan kapal terbang untuk kedalaman maksimum 6,000 meter.


Bagaimanapun, Marks menjelaskan bahawa penempatan itu tidak bermaksud lokasi pesawat yang hilang telah disahkan.

"Sila ambil perhatian bahawa membawa 'Towed Pinger Locator 25' ke rantau ini bukan merupakan satu petunjuk bahawa kami telah mendapat pengesahan lokasi serpihan.

"Perkara ini adalah satu langkah berjaga-jaga supaya jika kita serpihan ditemui, kami bersedia untuk menggunakan peralatan untuk mengesan kotak hitam," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog