Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 14 Mac 2014

Inilah Janji-Janji Mei Fun Sekiranya Menang Di #PRKKajang


Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.


Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jabatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang memuaskan. Memantau keberkesanan MPKj dalam pembinaan dan penyelengaraan insfratuktur-insfratuktur termasuk jalan, longkang, lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yang di rancang oleh Kerajaan Pusat demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yang kian menular.

Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah, mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam, menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha membaiki keadaan keselamatan.

- Memperkuatkan check and balance terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

- Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

- Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif

- Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog