Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 11 Mac 2014

Panas !!! Kerajaan Tidak Menolak Kemungkinan Pembabitan Penganas Dalam Isu MH370 #PrayForMH370


KUALA LUMPUR 9 Mac - Selepas lebih 24 jam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang secara tiba-tiba dan gagal dikesan sehingga kini, kerajaan menyiasat sebarang kemungkinan termasuk kewujudan elemen keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menolak andaian tentang kewujudan elemen keganasan tersebut berkata, sebarang kemungkinan sedang disiasat pihak berkuasa sebelum kesimpulan dapat dibuat.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan segala langkah telah dan akan diambil bagi mengesan pesawat MH370 kerana kerajaan amat sedar kegelisahan keluarga mangsa terlibat yang mahu jawapan secepat mungkin.

"Itulah... Kita terpaksa mencari semua kemungkinan. Kita kena siasatan sebelum buat kesimpulan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Najib mengulas pengesahan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud bahawa kemungkinan besar pesawat MH370 berpatah balik ke Malaysia berdasar petunjuk yang dikesan radar TUDM.

Bagaimanapun kenapa dan pihak mana yang mengarahkan pesawat malang itu berpatah balik kekal misteri kerana tiada sebarang komunikasi berlaku dengan pusat kawalan udara sejak terputus hubungan dengan MH370.

Semalam, laporan media Amerika Syarikat yang memetik kenyataan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga tidak menolak sebarang aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat malang tersebut.

Mengenai keperluan menyemak semula protokol keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Najib berkata, kerajaan bersedia berbuat demikian jika ada keperluan tetapi bukan dibuat berdasarkan andaian.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri memberitahu, Australia akan menghantar dua pesawat pengesan maritim tercanggih milik negara itu daripada jenis P-3C Orion bagi membantu mengesan pesawat MH370.

Kata Najib, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot menghubunginya bagi menawarkan bantuan tersebut atas rasa simpati serta hubungan akrab dua negara dan pesawat P-3C Orion akan berlepas petang ini.

"Sumbangan ini membantu kita. Saya ucapkan terima kasih kepada Abbot. Satu lagi contoh kerjasama masyarakat antarabangsa bantu kita kerana kawasan operasi kini telah diperluaskan dan perlu aset tambahan," katanya.- Utusan Malaysia

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini satu lagi berita yg. harus diTELITI! Saya syaki ini salah satu sebab utama penerbangan MAS ini disasarkan kerana kehadiran sekaligus, 12 jurutera/pakar dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting dlm industri microchip, dr. syarikat Freescale Semiconductor, dlm penerbangan tersebut! Disyaki Mossad-CIA tidak akan berdiam diri dgn. pakar Bukan Barat terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh ramai saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8, Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists, Vincent Trivett, Aug. 5, 2011).

Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/:

Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says

March 10, 2014

SAN FRANCISCO: Employees of Freescale Semiconductor who were on a Malaysia Airlines flight presumed to have crashed were doing sophisticated work at the U.S. chipmaker, a company spokesman said on Sunday.

The 20 Freescale employees, among 239 people on flight MH370, were mostly engineers and other experts working to make the company's chip facilities in Tianjin, China, and Kuala Lumpur more efficient, said Mitch Haws, vice president, global communications and investor relations.

"These were people with a lot of experience and technical background and they were very important people," Haws said. "It's definitely a loss for the company."

None of Austin, Texas-based Freescale's most senior executives were on board the Boeing Co 777-200ER airliner that vanished from radar screens about an hour after it took off from Kuala Lumpur for Beijing on Saturday.

The employees who were on board, 12 from Malaysia and eight from China, came from a range of disciplines and they were part of a broad push by Chief Executive Officer Gregg Lowe to make Freescale more efficient and cost effective, Haws said.

Top-quality engineers are hard to come by for chipmakers and other technology companies, and losing them can have a major impact on business, regardless of their seniority.

While the employees on the flight account for less than 1 percent of Freescale's global workforce of 16,800 people, they were working toward the same goals and their loss will reverberate throughout Freescale, Haws said.

They had been streamlining facilities in Tianjin and Kuala Lumpur that Freescale uses for testing and packaging microchips used in automobiles, consumer products, telecommunications infrastructure and industrial equipment.

On Sunday, Freescale was organizing transportation and accommodation for the 20 staff members' families, as well as providing grief counseling, Haws said.

One of the chipmaker's long-time competitors, Texas Instruments, tweeted on Saturday: "We extend our condolences to the families and coworkers of the @Freescale employees aboard Malaysia Airlines flight MH370."- Reuters

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog