Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 9 Mac 2014

"Misi Menyelamat" : DSA Mengikut SOP #PrayForMH370

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada sidang media terkini kejadian nahas pesawat MAS MH 370 - Foto Bernama

SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat MAS, MH370 yang dipercayai hilang di perairan Laut China Selatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi dan berusaha mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan.

Pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Vietnam dan Singapura untuk mengesan kedudukan pesawat itu.

"Kami menghubungi MAS pada 1.30 pagi untuk memaklumkan pesawat itu hilang daripada radar.

"Kami mengaktifkan pusat mencari dan menyelamat pada 5.30 pagi kerana kami perlu mengumpulkan semua maklumat dan bantuan daripada negara jiran dan kami menggerakkan agensi bantuan sebaik hari siang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Hotel Sama Sama di sini.

Azharuddin berkata komunikasi terakhir pesawat itu dikesan ketika berhubung untuk memasuki menara kawalan udara, bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebelum hilang.

Sementara itu mengenai perkembangan terkini operasi, Azharudin berkata operasi menyelamat dibuat di kawasan pesawat itu dilaporkan hilang dan pihaknya atau pihak penyelamat Vietnam masih tidak menemui sebarang kesan pesawat terhempas. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog